Thursday, 10 October 2013

Idea jangan kau pergi.....

Assalamualaikum semua...

Ada ke yang menantikan sambungan Assalamualaikum Cinta. Haih... kalau ada jawabnya kena sabar menanti lah ye... Entah kenapa kebelakangan ni idea agak tumpul. Dah draft bab 3 tapi macam ada yang tak kena. Cam kurang asam garam. Tu yang beralih angin sat... tiba-tiba lak idea baru sampai. so... sebelum idea yang ni pun hilang baik tulis cepat-cepat. Bukan apa, takat nak buat cerita kahwin terpaksa, pilihan keluarga, mula-mula benci lepas tu sayang macam dah banyak sangat, klise giler... Memang pecah otak la nak buat lain dari yang lain ni... Buku nota tu dah penuh ngan contengan2 seni merapu... jap buat jalan citer camni sat gi edit lak camtu sudahnya meraban ntah apa2 ntah... baik peram dulu sampai dia masak ranum baru publish.... gegege (^_^)

Hari ni join group Mari Menulis. Hehehe harap2 lepas ni bertambah lah ilmu penulisan saya sebab ramai yang otai2 kat dalam tu. Niat menulis ni asalnya takdelah sampai berangan ada publisher yang sanggup amek jadikan novel ke apa kan... Cumanya sesaja mengasah bakat yang tak seberapa ni dan lebih kepada mencabar diri sendiri. Semoga dengan tunjuk ajar daripada mereka kelak saya akan lebih berjaya dan berilmu. Ok Ina Hasliza fightin' kyaaaa!!!!!!!!

Cinta Buat Ainn Madhihah - Bab 1


BAB 1

" Lepaslah... apa ni ni tarik-tarik tangan orang? Lepaslah, malu sikit orang tengok tu.." Ainn masih meronta-ronta cuba melepaskan diri dari Fakhri.
" Nak malu apa nya? Kau tu tunang aku. Dah lah keluar tak minta izin aku, call aku pun haram kau nak jawab kan?" Fakhri semakin menguatkan pegangannya. Tubuh Ainn yang tak berdaya itu cuba diheretnya.
" Tunang? Kau dah gila ye Fakhri? Pertunangan kita dah putus enam bulan yang dulu. Kau bukan sesiapa aku lagi sampai aku perlukan keizinan kau untuk keluar. Sakitlah! Lepaskan tangan aku Fakhri... Haram seorang ajnabi menyentuh kulit yang bukan mahramnya." Fakhri tersenyum sinis.
" Tak payah berlagak alim lah ustazah Ainn Madhihah. Kalau aku sentuh pun bukan orang lain, bakal suami kau jugak, dan aku tak pernah setuju dengan perpisahan yang kau minta tu. Aku tetap akan kahwin dengan kau seperti yang kita rancang. Faham?" Jerkahan Fakhri agak kuat. Beberapa mata yang sedang melintasi mereka memandang penuh tanda tanya drama apakah yang sedang berlaku antara mereka berdua saat itu.
"Tolonglah Fakhri... keluarga kita dah bincang perkara ni elok-elok kan? Mereka semua setuju dengan keputusan yang aku buat. Kau takde hak nak paksa aku. Kau yang bersalah dalam hal ni. Kalau kau mampu mengawal nafsu serakah kau, semua ni takkan terjadi." Suara Ainn mulai kendur. Tak guna dia menjerit dan meronta menggunakan kekerasan kerana Fakhri akan lebih berkeras lagi padanya. Ainn cuba mengubah strategi.
" Aku dah cakap beribu kali. Aku diperangkap Ainn. Sally sengaja rancang semua tu agar kau tinggalkan aku. Dia nak kita berpisah. Aku hanya cintakan kau sorang saja. Percayalah." Tangan Ainn dilepaskan. Fakhri meraup wajahnya yang kemerahan menahan marah. Saat ini, kalaulah Sally berada didepan matanya tahulah dia kerjakan perempuan durjana itu. Kerana Sally lah Ainn memutuskan pertunangan mereka. Kejadian enam bulan yang lalu benar-benar telah menghancurkan hidupnya.
" Tapi semua tu takkan berlaku sekiranya kau tak mengizinkannya terjadi. Kau yang mencari bala sendiri. Kau tahu yang Sally tu dah lama cintakan kau, sejak dari universiti lagi. Kau pun tahu perempuan macam Sally mampu lakukan apa saja demi mendapat kehendak hatinya. Sudahlah Fakhri. Kau lupakan saja lah apa yang pernah terjadi antara kita. Kau mulakan lah hidup baru dengan Sally. Dia isteri kau sekarang dan pula dia sedang hamilkan anak kau Fakhri. Pulanglah Fakhri kepada yang lebih berhak ke atas kau. Aku adalah sejarah. Tolong aku Fakhri.... Jangan kau kusutkan lagi keadaan kita. " Tiada lagi airmata Ainn untuk lelaki bernama Fakhri. Dia telah lama redha diantara mereka memang tiada jodoh untuk bersama.
" Tak! Tak! Tak!.... Kau tetap milik aku. Walaupun kau terpaksa menjadi isteri kedua, aku akan pastikan kita kahwin jugak." Tiba-tiba Fakhri berang semula. Mukanya kembali bengis. Tiada lagi wajah manis dan tenang Fakhri yang Ainn kenali dulu. Tangan Ainn direntap sekali lagi. Kelakuan Fakhri benar-benar dibawah sedar.
" Tolonglah Fakhri! Jangan buat aku macam ni. Aku dah ada pengganti kau lah. Aku dah nak kahwin. Lepaskan aku!" Langkah Fakhri terhenti serta-merta. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Ainn betul-betul membuatkan dia hilang punca.  Wajah Ainn dipandang penuh amarah.
" Dasar perempuan murahan. Harap tudung je labuh tapi perangai... huh? Kau tuduh aku curang tapi dalam masa yang sama kau dah dapat pengganti aku? Dalam masa enam bulan kau dah jumpa jantan baru? Atau kau memang dah simpan jantan tu masa kau masih dengan aku lagi hah? Perempuan ja..." Tapak tangan Fakhri yang hampir menyinggahi wajah Ainn tiba-tiba ditahan. Seorang lelaki kacak berkaca mata pertengahan usia tiba-tiba muncul persis seorang wira menyelamatkan serikandinya.
" Ai.. Aiman?" Ainn terkejut dengan kehadiran bapa pelajarnya itu. Pantas Ainn menyorokkan diri daripada Fakhri dibelakang Aiman.
" Oh! Jadi ni lah jantan tu. Kau dengar sini. Ainn ni tunang aku. Kalau kau tak nak susah, lebih baik kau jauhkan diri kau daripada dia." Fakhri merentap tangannya yang digenggam Aiman.
" Kalau betul dia tunang kau sekali pun, kau tak pantas melakukan kekerasan padanya. Wanita sebaik Ainn untuk dicintai bukan disakiti." Tegas sekali kata-kata Aiman. Fakhri merenung tajam wajah Aiman. Penumbuknya digenggam.
" Kau siapa nak nasihatkan aku hah? Oh! lupa pulak. Kau lah jantan yang simpan perempuan berlagak suci ni kan? Berapa kau bayar pada dia. Aku bayar balik dan jangan sekali-kali kau kacau kami lagi. Dia hak aku." Sinis sekali Fakhri berkata-kata. Airmata Ainn meluncur laju bila dia dihina begitu sekali dihadapan Aiman. Terasa maruah dirinya diinjak-injak. Tiba-tiba... Bukk!! Sebiji penumbuk menyinggahi muka Fakhri. Terduduk dia dengan tumbukan yang tidak disangkanya itu. Aiman cekak kolar baju Fakhri.  Sebiji lagi penumbuk hinggap ke muka Fakhri. Berdarah hujung bibirnya. Kelihatan Fakhri menahan sakit yang amat.
" Sekali lagi kau hina Ainn, kau perlu berdepan dengan aku." Aiman melepaskan Aiman. Dia berpaling ke belakang memandang Ainn yang sedang menggigil ketakutan.
" Jom Ainn. Jangan layan lelaki tak guna ni." Aiman mengutip beg tangan Ainn yang terjatuh dilantai ketika dia bergelut dengan Fakhri tadi. Seperti dipukau Ainn hanya membontoti Aiman tanpa banyak bicara. Sedikit pun dia tidak menoleh kebelakang melihat keadaan Fakhri yang sedang mengerang menahan kesakitan. Beberapa orang yang lalu disitu memandang Fakhri sambil berbisik sesama sendiri.
" What? Mind your own business!" Tempik  Fakhri. Jagalah kau Ainn. Bisik hati Fakhri.

Sebaik melintasi sebuah restoran makanan segera yang popular Aiman berhenti. Ainn yang berada dibelakang Aiman tidak sempat mematikan langkah lantas merempuh belakang badan Aiman.
" Maaf.."  Ainn termalu sendiri dengan kelakuannya yang cemerkap.
" Kita minum dulu. Ainn kena tenangkan diri." Tanpa mendengar jawapan Ainn, Aiman telah mendapatkan meja kosong lalu melabuhkan punggung nya. Ainn yang memerhati dari tadi hanya menuruti tanpa banyak soal.
" Ainn nak makan apa?" Tanya Aiman.
" Minum saja. Ainn tak nak makan." Lembut Ainn menjawab. Wajahnya hanya ditundukkan kebawah. Aiman berlalu ke kaunter membuat tempahan.
Macam manalah dia boleh terserempak dengan Aiman ni. Malunya.. Fikir Ainn. Namun dia bersyukur, kalaulah Allah tidak hantar Aiman tepat pada masanya tadi entah apalah nasibnya sekarang. Harap-harap tak ada sesiapalah yang mengenalinya menyaksikan kejadian yang memalukan itu tadi. Rosaklah reputasinya sebagai mualimah di sekolah. Janganlah ada keluarga pelajarnya yang berpeleseran di shopping complex ini harapnya. Maklumlah cuti hujung minggu selalunya memang penuh pengunjung di pusat membeli belah terkemuka ini. Menyesal pula dia datang kesini hari ini. Kalau tidak kerana dia ingin mendapatkan novel terbaru daripada penulis kesukaannya memang jarang dia menjejakkan kaki kesini.
" Black coffee untuk meredakan perasaan yang sedang kusut dan aiskrim pula  dapat menenangkan  jiwa yang sedang berkocak. It's a good theraphies. Try it." Aiman meletakkan dulang  dihadapan Ainn. Ainn hanya memandang dulang itu tanpa perasaan. Pertama, dia tidak suka minum kopi dan yang kedua dia juga tidak suka makan aiskrim. Ainn tarik nafas panjang. Wajah Aiman ditatap.
" Terima kasih... Atas segala yang Encik Aiman dah lakukan untuk saya hari ini. Tak terbalas saya." Hanya itu yang mampu Ainn ucapkan. Dia tidak sanggup menghadap lama muka kacak Aiman. Ainn kembali menundukkan wajahnya. Tangan kanannya mengacau kopinya yang telah ditambah gula. Perlahan-lahan dia menghirup kopi panas itu. Pahit dan likat bersatu rasa dalam tekak. Namun ada perasaan lega sebaik kopi itu melalui kerongkongnya.
" Feeling better? You should try an ice-cream then." Ainn hanya menurut, sesudu aiskrim bersiram coklat itu perlahan-lahan memasuki ruang mulutnya. Lambat-lambat dia menelannya. Entah kenapa aiskrim yang tidak digemarinya dahulu tiba-tiba menjadi sangat enak dan nyaman ditekaknya. Ainn senyum tanda bersetuju dengan pendapat Aiman. Aiman menghirup kopinya pula. Mereka hanya senyap saja sambil menghabiskan hidangan masing-masing. Terasa janggal sekali.
' Maafkan Ainn pasal bekas tunang Ainn tadi. Sebenarnya..." Ainn terhenti disitu. Dia cuba menyusun kata.
" Ainn tak perlu terangkan apa-apa. Tiada kaitan dengan saya pun. Sebagai seorang yang waras saya akan membantu sesiapa pun juga yang dalam kesusahan." Aiman mematikan percubaan Ainn menerangkan keadaan yang berlaku tadi. Dia menanggalkan cermin matanya. Matanya digonyoh seketika. Kemudian dia meletakkan kembali cermin matanya. Masih tampan seperti tadi, fikir Ainn. Astaghfurullahhalazim. Cepat-cepat Ainn beristighfar didalam hati.
" Saya hantar Ainn pulang? Atau Ainn ada keperluan lain lagi? Saya temankan." Aiman bertanya sopan.
" Takpe Encik Aiman. Saya dah selesai dan pula saya drive kereta sendiri. Terima kasih banyak-banyak."
Jawab Ainn.
" Kalau macam tu saya temankan Ainn ke parkir." Aiman terus bangun.
" Eh! Takpe.. Saya boleh pergi sendiri. Susahkan Encik Aiman je." Ainn serba salah. Kalau ada yang melihat dia berjalan beriringan dengan bapa pelajarnya tentu akan timbul fitnah nanti.
" Tak susahkan langsung. Saya pun nak ke parkir juga. Jadi apa salahnya  saya temankan. Macam mana kalau bekas tunang awak tadi tunggu awak dikereta? " Tanya Aiman.
Ainn terdiam. Tidak sanggup dia membayangkan Fakhri menunggunya di tempat letak kereta. Dia tahu Fakhri memang tidak terkawal kebelakangan ini. Sudah beberapa kali dia mengintip pergerakan Ainn. Bukan Ainn tidak tahu. Cuma kejadian tadi adalah yang terburuk kerana Ainn diserang terang-terangan.
" Terima kasih.." Ainn mula melangkah. Cuba menjarakkan dirinya dengan Aiman. Namun apa yang diharapnya tidak kesampaian. Baru sahaja beberapa langkah bahu Ainn disentuh lembut. Berdiri disisi Ainn dengan sinyum simpul Ustazah Hasanah dengan keluarganya. Ainn hulur tangan untuk bersalaman.
" Ainn buat apa ni? Shopping ke? " Tanya Ustazah Hasanah lembut.
" Beli buku ustazah. Ramai askar hari ni?" Ainn cuba berlawak menutupi segannya dilihat bersama Aiman.
" Oh! Hujung minggu biasalah.. Kak Ngah baru balik kelas tae kwan do, Kak Lang pulak baru balik tuisyen. Ni kejap lagi nak hantar Along balik asrama. Ada keperluan sikit dia nak bawa balik hostel. Tu yang  singgah kejap ni." Jawab Ustazah Hasanah ramah.
" Ini ayah Syarifah Azalea kan?" Tanya Ustazah Hasanah pada Aiman.
" Ya saya. Syed Aiman Iskandar." Aiman menghulurkan tangan bersalaman dengan Ustaz Zafril, suami Ustazah Hasanah. Ustaz ZAfril memperkenalkan dirinya. Seketika kemudian sekeping kad nama dihulurkan Aiman. Ustaz Zafril mengambil penuh hormat, lantas dibaca.
" Jadi, inilah Syed Aiman Iskandar pemilik Iskandar Pura Holding yang terkenal tu. Allahuakbar... Bertuahnya saya dapat jumpa Encik Aiman ni. Rumah kami sekarang ni, kami beli dari syarikat pemaju Encik Aiman lah." Ustaz Zafril ramah bercerita.
" Mana ada pemilik ustaz. Saya cuma pewaris saja. Sekadar mewarisi dan menggalas amanah meneruskan legasi arwah ayah saya. Err.. ustaz beli rumah yang mana ye? " Tanya Aiman.
" Pura Vistana Residence.. Fasa 2." Jawab Ustaz Zafril lagi.
" Hah yang tu... Perumahan baru tu. Tak sampai dua tahun pun lagi siapnya. Tapi setahu saya ramai juga yang dah pindah masuk kan ustaz?" Aiman bertanya pula.
" Alhamdulillah.. sekarang ni meriah dah kawasan tu. Tapi setahun yang lepas sunyi juga." Ustazah Hasanah pula mencelah.
" Ainn berdua saja ke dengan Encik Aiman? Azalea mana?" Tanya Ustazah Hasanah.
" Eh! Kebetulan je ni ustazah, saya terserempak dengan Encik Aiman tadi. Bukan berjanji pun." Cepat-cepat Ainn menjernihkan keadaan. Janganlah Ustazah Hasanah tersalah sangka dengannya doa Ainn.
" Ingatkan memang bertemu janji tadi. Maklumlah.. "
" Ustazah!" Ainn menghalang Ustazah Hasanah dari meneruskan ayatnya. Mukanya merona menahan malu. Ustazah Hasanah tidak jadi mengusik Ainn.
" Iya lah... kalau macam tu kami jalan dulu lah ye Encik Aiman, Ainn..." Ustazah Hasanah berkata menutupi keterlanjuran mulutnya tadi.
" Assalamualaikum." Aiman bersalaman dengan Ustaz Zafril. Mereka sekeluarga menjawab salam Aiman serentak lantas mengatur langkah.
" Maaf sebab Ustazah Hasanah tadi. Dia main-main saja tu." Ainn bersuara  sebaik mereka berjalan.
" Dah dua kali Ainn minta maaf dengan saya hari ni. Sedangkan tiada apapun yang nak saya maafkan. Saya faham." Balas Aiman.
Mereka menuju ke lif. Sampai di level B2 mereka melangkah keluar beriringan. Masing-masing hanya mebisu. Sebaik mereka merapati kereta Kelisa warna biru milik Ainn, Aiman bersuara.
" Kebetulan atau takdir ya? See..." Aiman mengeluarkan alat penggera keretanya lalu dipicit. Titt..Titt... Alarm kereta BMW 7 Series warna putih berselang tiga buah  kereta dari Kelisa Ainn berbunyi. Mereka ketawa kecil. Ainn menekan alat penggeranya pula.
" So, tak timbullah soal Ainn susahkan saya. Sebab kereta saya pun disini juga." Aiman membukakan pintu Kelisa Ainn. Ainn termalu dilayan seperti tuan puteri.
" Terima kasih sekali lagi Encik Aiman. Sebab jadi penyelamat saya dan belanja saya kopi juga aiskrim." Ainn hanya berdiri disisi pintu keretanya. Dalam segan terpaksa juga dia mengucapkan kata-kata tersebut. Orang dah berbudi mestilah kena berbahasa kan?
" Dengan senang hati saya... " Jawab Aiman.
" Err.. Ainn boleh saya minta tolong sikit tak?" Tanya Aiman.
" InsyaAllah.. apa dia?" Tanya Ainn.
" Boleh tak jangan formal sangat dengan saya. Panggil Aiman saja. Tak perlu nak berencik-encik. Kita bukan baru kenal. Walaupun tak rapat tapi dari umur Azalea tiga tahun awak dah mengajar dia. Maknanya dah hampir tiga tahun kita kenal." Jawab Aiman.
" Maaf Encik Aiman. Tapi itu protokol. Lagi pula saya dah terbiasa macam tu. Tak eloklah kalau orang dengar saya panggil Encik Aiman nama saja." Ainn tunduk memandang hujung kasutnya.
" Ok find.. Atleast awak panggil saya Aiman saja kalau kita jumpa informal macam ni next time. Kalau melibatkan urusan rasmi I don't mind...  Deal?" Tanya Aiman. Aiman bersandar pada kereta Myvi hitam bersebelahan kereta Kelisa Ainn. Tangannyan dimasukkan ke dalam poket seluar.
" InsyaAllah.. Saya cuba." Hanya itu yang mampu Ainn jawab. Next time? Akan ada lagi kah perjumpaan sebegini lain kali fikir Ainn. Ainn masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjinnya. Penyaman udara dibuka. Pintu ditutup dan cermin diturunkan.
" Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Ainn senyum kepada Aiman tanda terima kasihnya yang tak terhingga.
" Waalaikumsalam.. Drive safely and here my number in that case you need my help. Just give me a call and i'll be there." Huluran kad nama daripada Aiman disambut Ainn.Ainn telan liur. Apa yang dimaksudkan Aiman? Macam mendoakan dia ditimpa musibah saja. Astaghfirullahalazim. Sekali lagi dia beristighfar kerana memandang serong niat baik Aiman.
" InsyaAllah.." Ainn menaikkan semula cermin keretanya lantas Kelisa biru itu meninggalkan Aiman yang masih berdiri melihat Ainn berlalu pergi. Dari cermin sisi belakang Ainn melihat Aiman melangkah menuju ke keretanya setelah memastikan dia selamat memulakan perjalanan. Ainn tersenyum memikirkan masih wujud lagi rupanya lelaki budiman seperti Syed Aiman Iskandar.

Thursday, 3 October 2013

Cerpen: OPPA!! SARANGHAE.....

" Shafa... Saranghae... " Jejaka kacak tinggi lampai macam galah ni meluahkan perasaannya pada aku? Biar betik Shafa oii.. Tanganku diraih lalu dibawa ke mukanya. Lama dan hangat sekali tangan ku dikucup. Arghhhh... melting... melting... Aku cubit pipi, ouchh! sakit. Aku cubit lengan, pun sakit. Sah! Memang sah ini bukan mimpi. Arghhh bertuahnya kau Shafa... Aku ingatkan selama ni aku cuma bertepuk sebelah tangan je. Tak rugi aku menyimpan perasaan padanya sejak tiga tahun yang lalu.  Oh... indahnya dunia...
" Oppa... dangsin-eul saranghabnida.." Wajahku yang merona aku tundukkan kebawah. Tak sanggup rasanya merenung sepasang mata yang amat aku gilai itu saat ini. Sengih aku sampai ke telinga. Omma! Shafa gembira sangat ni omma, rasa macam menang loteri! Eh, Shafa takde ke benda yang halal sikit kau nak samakan. Errr... Rasa macam menang cabutan sijil simpanan premium hadiah utama dah ni. Tak sia-sia omma izinkan Shafa datang Korea ni, dapat gak Shafa bawak balik menantu import untuk omma. Wah! Gedik tahap petala dah kau ni Shafa. Wajahku disentuh lembut, aku beranikan diri menatap sepasang mata yang sering aku rindui, rasa macam nak sentuh je  bibirnya yang merah dan selalu basah dengan senyuman, ringan je tanganku nak menarik hidungnya yang mancung tu. Kronik dah kau ni Shafa... Wajahnya mendekati wajahku. Semakin dekat. Aku pejamkan mata, ambil feeling gila-gila.
" Shafa... Dangsin-eun jeowa gyeolhon hal geos-inga?" What? Oppa melamar aku? Tolonglah... tolonglah jangan kata semua ni mimpi. Mahu koma aku kalau semua ni sekadar mimpi. Rama-rama dalam perut dah buat tarian Nobody dari Wondergirls. Aku buka mata. Yes! Ada lagi... sah bukan mimpi.
" Oppa..." Balasku manja. Huihh... manjalah sangat kan....
" Shafa......."
" Oppa...." volume suara aku dah antara dengar dengan tak je ni.
" Shafaaaaaaaa!!!!!!!!!!"
" Hoi! mak kau oppa." Bedebub... Tahu-tahu Shafa  dah buat kuak lentang dekat bawah katil. Melilau dia cari sang kekasih hati.
" Adoilah... sakitnya." Shafa menggosok belakang punggungnya yang kebas.
" Oppa, dangsin-eun eodi?" Shafa selak bawah cadar, bawah selimut, celah bantal. Mana pulak perginya oppa aku ni?
" Oppa.. oppa... opah kau!" Kepala Shafa ditunjal keras. Rasa nak tumbang.
" Omma! Bila omma sampai? Rindunya Shafa dengan omma... Omma, ada nampak oppa tak?." Wajah tua Mak Chah dicium-cium Shafa. Macam tak jumpa sepuluh tahun. Mak Chah lap pipinya yang bersememeh dengan air liur basi Shafa. Buntang bijik mata Shafa bertanyakan oppanya pada Mak Chah. Sekali lagi Mak Chah tunjal kepala Shafa. Lebih kuat.
" Omo..omo..omo..." Eh? sejak bila pulak aku pun tau cakap korea ni? Mak Chah pelik. Sudah... berjangkit pulak dah penyakit kpop si Shafa ni dekat aku.
" Oppa.. oppa... opah kau kan dah lama meninggal Shafa.Cubalah kau bawak-bawak sedekahkan Al-Fatihah kalau ye pun rindu sangat..." Bebel Mak Chah. Bantal dan selimut yang bersepah diangkatnya keatas katil.
" Hah? Dah meninggal? Bila? Baru je oppa melamar Shafa omma.." Shafa dah mula nak menangis. Lengan baju kurung kedah Mak Chah ditarik-tarik Shafa macam nak koyak.
" Kau ni dah kenapa Shafa? Ashhadualla illaha illallah... Waashhadu anna muhammadur rasullullah. Syuh! syuh! pergi kau hantu korea. Jangan kau ganggu anak cucuku." Mak Chah membisikkan kalimah shahadah ke telinga Shafa. Serentak itu dia meniup ubun-ubun Shafa dan  seolah-olah menarik sesuatu dari kepala Shafa lantas dibuangnya ke tingkap.
" Mak! Ala... apasal mak kacau mimpi Shafa. Baru je nak masuk adegan romance-romance tadi. Ishhh... Kacau daun lah mak ni." Shafa betul-betul dah menangis. Dia ada 3 sebab untuk meraung saat itu. Pertama, dia ingat betullah tadi oppa meluahkan perasaan padanya. Kedua dia baru je nak jawab "I do" waktu oppa melamarnya dan ketiga yang paling teruk sekali semua tu hanyalah mimpi. Arghhh!!!! Tidak!!!! Shafa menjerit sambil meramas-ramas rambutnya. Yieuw... dah rupa hantu Ju On...
" Banyaklah kau punya romance. Berdosa kau tau tak mimpi macam tu. Tengok lah lagi segala drama, variety show korea tu siang malam. Sampai termimpi-mimpi. Apa nak jadi kau ni Shafa. Kerja tak nak. Belajar tinggi-tinggi, lepas tu melangut kat rumah layan cerita korea kau tu. Dah pukul berapa ni cuba kau tengok jam tu? Dah tak reti-reti pergi hantar nasi lemak dengan kuih mak tu kat gerai Pak Lang. Mengamuk pulak orang tua tu karang pelanggannya lari. Kalau pelanggan dia lari, mak kau ni jugak yang tak masyuk nanti." Radio karat Mak Chah dah mula bersiaran. Shafa tutup telinga dengan tangan. Sambil menghentak-hentakkan kaki dia capai tuala lalu keluar dari bilik menuju ke bilik air. Pintu ditutup kuat tanda tak puas hati.
" Geramnya!!!!!!! " Jerit Shafa didalam bilik air tiba-tiba.Terbayang-bayang wajah Lee Min Ho sedang melamarnya dalam kolah mandi. Huahhhh!!! Shafa dah meraung.
" Hoi! Apalagi kau tu Shafa? Terjerit-jerit macam orang gila. Buat lah perangai macam tu, jangan kau mimpi la pakwe korea nak ngorat kau, pakwe indon pun belum tentu hingin." Mak Chah saja bakar perasaan Shafa. Suka dia mengusik anak daranya itu. Shafa anak yang baik walaupun perangainya kadang-kadang buat Mak Chah ada potensi dapat sakit jantung.

Shafa memarkir motosikal Modenas Kriss arwah ayahnya betul-betul dihadapan gerai Pak Lang. Tudung bawal yang sedikit herot ditiup angin dibetulkan. Sebuah bakul yang sarat dengan bungkusan nasi lemak dijinjing dengan tangan kanan. Sebuah lagi bakul yang berisi dengan bekas-bekas kuih muih di tinggalkan dulu di motosikal itu.
"Assalamualaikum Pak Lang, Mak Lang mana? Tak nampak pun." Sapa Shafa lembut. Salam bersambut.
" Ada, kejap lagi sampailah Mak Lang kau tu Shafa, tertinggal barang pulak dekat rumah. Tu yang dia patah balik kejap." Jawab Pak Lang. Shafa senyum sambil menganggukkan kepala.
Lincah tangan Shafa menyusun atur nasi lemak buatan mak nya di atas meja. Setiap meja dietakkan sepuluh bungkus. Ada lima meja semuanya. Shafa pergi semula mendapatkan sebuah lagi bakul yang tersangkut pada motosikal. Sebuah Mercedes Benz warna metalik berhenti berhampirannya. Shafa pandang dengan tanda tanya. Orang paling kaya kat kampung aku ni YB Johari. Kereta dia pun Mercedes jugak, tapi rasanya ni bukan kereta dia. Hai, orang kaya mana pulak yang tersesat kat kampung aku pagi-pagi ni? Fikir Shafa. Dia kembali ke meja didalam gerai lalu menyusun pula bekas-bekas kuih. Ada karipap, keria, kuih lapis, kuih koci dan pulut panggang pagi ini. Maknya memang rajin, kalau ikutkan pencen arwah ayahnya dan juga kiriman wang dari abangnya Shafiq lebih dari cukup untuk makan pakai mereka dua beranak. Itu belum lagi dikira duit rumah sewa yang ada tiga pintu dibaruh. Tetapi memang maknya jenis yang tak suka duduk diam. Nanti sakit badan katanya kalau tak buat apa-apa kerja. Sudahnya, setiap pagi nasi lemak dan kuih muih maknya akan memenuhi meja digerai Pak Lang ini dan sebelah petang pula maknya akan mengajar anak-anak kampung itu mengaji Al-Quran.
" Assalamualaikum." Seorang lelaki separuh abad yang keluar daripada bahagian belakang kereta mewah tadi memberi salam.
" Waalaikumsalam." Serentak Shafa dan Pak Lang menjawab. Dua tiga orang pelanggan yang sedang bersarapan didalam gerai turut memandang kearah lelaki separuh abad yang masih segak itu. Mungkin mereka menjawab salam didalam hati. Sebab Shafa tak dengar pulak mereka menjawab. Hehehe bersangka baik Shafa...
" Maaf, tumpang tanya. Rumah arwah Haji Sulaiman dimana ye? Saya ni kawan lama arwah. Ada hajat sikit nak jumpa keluarga arwah." Pak Lang sambut huluran salam yang dihulur lelaki itu.
" Oh. Arwah Haji Sulaiman Mokhtar ke? Ada dua Sulaiman kat kampung ni. Tapi yang sorang lagi tu Alhamdulillah, belum arwah lagi." Pak Lang buat lawak antarabangsa pulak pagi-pagi ni. Pecah ketawa dua orang tua tu. Apa yang kelakar entah fikir Shafa.
" Betul-betul. Sarjan Sulaiman Mokhtar. Kami ni sama-sama dalam tentera dulu." Lelaki separuh abad tu mengiakan kata-kata Pak Lang. Huih.. patutlah segak walaupun dah berumur, bekas tentera macam arwah ayah rupanya. Tapi, tak pernah pulak aku tengok kawan ayah yang sorang ni... Fikir Shafa.
" Hah, kalau arwah Sulaiman tu, ni hah anak dia. Langkah kanan betul la encik ni." Kata Pak Lang. Pak Lang panggil Shafa suruh dia mendekati mereka. Shafa hulur tangan pada lelaki itu. Hormat Shafa tunduk menyalami lelaki tersebut.
" Subhanallah, Nur Shafa Hanna ye? Dah besar panjang. Cantik.. Dulu masa duduk kat berek comot je hahaha." Puji sambil mengutuk namanya tu Shafa. Pakcik tu ketawa. Shafa senyum sampai telinga bila kena puji.
" Maaflah pakcik, Shafa tak ingat lah pakcik. Kecik sangat kot time tu." Shafa menjawab hormat.
" Ya lah... Kali terakhir kita jumpa Shafa umur 6 tahun. Lepas tu pakcik ditukarkan ke Sarawak. Sejak tu tak jumpa lagi kita." Pakcik tu ramah bercerita.
" Pakcik nak jumpa mak ke? Jom lah. Shafa memang nak balik dah ni. Shafa jalan depan pakcik ikut belakang ye." Shafa kutip bakul-bakul kosong lalu diletakkan didalam raga motor. Pak Lang datang mendekati Shafa.
" Nah Shafa, duit semalam. Pesan dekat mak kau esok nasi lemak nak extra tiga puluh bungkus buat asing. Cikgu Sofiah tu nak bawak sekolah, ada majlis tahlil dekat sekolah katanya. Hantar sebelum pukul 7.15 ye." Pesan Pak Lang.
" InsyaAllah Pak Lang. Terima kasih.." Shafa sambut duit yang dihulur Pak Lang.Dia hidupkan enjin motosikal.
" Macam tu bang, saya gerak dulu lah ye. Terima kasih. Assalamualaikum." Pakcik tu bersalaman denga Pak Lang. Salam bersambut. Dia menuju ke keretanya. Pemandunya terus mengikut Shafa dari belakang yang telah pun membelah angin pagi dengan motosikalnya.


" Mak, betul ke dulu kita rapat dengan keluarga pakcik tu? orang tak ingat langsung lah " Tanya Shafa sebaik sahaja kereta mewah yang membawa Tan Sri Zaharul tadi hilang dari pandangan.Terkejut Shafa sebaik pakcik tu berjumpa dengan maknya pagi tadi dia dengar maknya panggil pakcik tu Tan Sri. Humangai... selambo yo den panggil dio pakcik.
" Eleh... dulu kau tu bukan main gatal lagi dengan anak dia si Azad tu. Main bersama, makan bersama, ke mana-mana bersama, kalau Shafa sakit tak datang tadika, hah alamatnya, Azad pun tak pergi sekolah jugak. Menempek je lah jadi doktor tak bertauliah." Mak Chah bukak buku sejarah.
" Ish... Ye ke? Kalau rapat macam tu sekali mesti lah orang ingat. Ni langsung takde satu pun kenangan dengan dia yang orang ingat." Shafa garu kepala yang tak gatal. Dia hairan semasa pakcik tu dan maknya rancak berbual tentang dirinya dulu dia langsung tak ingat satu pun. Anaknya Azad tu pun Shafa langsung tak boleh nak imagine rupanya macam mana. Handsome sangat ke sampai aku melekat macam kena glu fikir Shafa lagi.
" Agaknya kesan dari demam panas kamu dulu tu lah yang sampai kamu dah tak ingat apa-apa tu." Hiba suara Mak Chah tiba-tiba.
" Apa kaitan demam dengan jadi lupa?" Tanya Shafa. Aik, aku pernah hilang ingatan ke dulu? Nasib baik kau tak mereng Shafa. Demam panas bahaya woo...
" Bila kamu dapat tahu yang Azad dan keluarganya  kena pindah ke Sarawak. Kamu terus merajuk, tak nak makan, tak nak minum, tak nak bercakap. Asyik menangis je. Anak patung hadiah dari Azad pun kamu buang dalam longkang. Kamu kata Azad dah tak sayang kamu lagi. Sampaikan hari Azad nak berangkat dengan keluarganya pun kamu tak nak jumpa mereka." Cerita Mak Chah.
" Mak, ni cerita betul ke fiksyen semata-mata ni mak? Dah macam telenovela je." Shafa buat muka curiga.
" Betul lah. Budak bertuah ni. Takde maknanya mak nak mereka-reka cerita." Marah Mak Chah.
" Takdelah, sedangkan kisah-kisah yang berlaku lebih lama dari tu pun orang boleh ingat sikit-sikit, tapi kenapa orang langsung tak ingat diorang ni semua." Shafa masih tak berpuas hati.
" Mungkin sebab Shafa dah berjanji pada diri Shafa yang kalau Azad pergi jugak, Shafa takkan ingat dekat dia lagi. Shafa nak lupakan segala memori Shafa dan Azad buat selamanya. Seminggu Shafa demam asyik teringatkan Azad, tapi bila mak dengan ayah sebut nama Azad je Shafa terus mengamuk, baling barang. Sejak tu kami tak pernah lagi sebut pasal Azad depan Shafa." Kata-kata Mak Chah macam tak dapat diproses oleh otak Shafa. Gila gedik aku dulu kecik-kecik. Umur baru 6 tahun dah pandai falling in love bagai. Frust menonggeng pulak tu bila boyfriend pindah. Hahaha lawak lah kau ni Shafa. Ni kalau buat status kat FB ni mau dapat dua tiga ratus like ni. Shafa geleng-gelang kepala tanpa sedar.
" Tapi Azad ada datang jumpa mak sebelum pergi. Dia suruh mak sampaikan pada kamu yang dia tak akan lupakan kamu. Bila dia dah besar dan banyak duit nanti dia akan datang meminang kamu. Terkejut mak ngan ayah masa tu. Seorang budak umur 9 tahun boleh cakap macam tu dengan berani bersaksikan keluarganya. Dia suruh ayah dan mak janji takkan kahwinkan Shafa dengan orang lain. Tunggu sampai dia datang balik. Nak sedapkan hati dan jaga air muka Azad masa tu, ayah pun janji." Mak Chah gelak. Mungkin teringat kembali saat anaknya dilamar budak lelaki umur 9 tahun.
" Hish!!! Azad tu dah gila ke?" Tanya Shafa. Muncungnya dah boleh buat sidai tuala.Biar betul mak aku ni. Macam tak caya je perangai aku dulu macam tu. Agak-agak lah...
" Shafa... mak dan ayah tak pernah cerita semua ni dekat Shafa sebab kami takut Shafa sakit balik. Kami tak tahu apa yang Allah rencanakan untuk Shafa. Tapi kami nampak keikhlasan dalam mata Azad masa tu. Jadi mak dan ayah cuma menurut sahaja aturan takdir yang tertulis. Kalau betul kamu berjodoh takde siapa dapat menghalang." Mak Chah peluk Shafa. Kepala anaknya diusap-usap lembut.
" Alah... budak-budak lah mak. Jangan cerita lagi lah. Malu pulak Shafa dengar,  gatal jugak Shafa masa kecik-kecik dulu kan mak hehehe..." Shafa senyum. Mukanya merah tanda segan.
" Tapi Shafa... tuan punya badan dah datang tagih janji dengan mak. Apa mak nak jawab ni?" Mak Chah renung muka Shafa minta penjelasan. Erk! Shafa tercekik telan air liur sendiri.
" A.a...apa maksud mak ni?" Haih.. tiba-tiba gagap Shafa?
" Pakcik Zaharul datang tadi bawak hajat nak sunting Shafa untuk Azad.Macam mana? Setuju tak?" Tanya Mak Chah.
" Hah?" Shafa tumbuk-tumbuk dadanya. Sebelah lagi tangan pegang tengkuk. Tiba-tiba boommm!! Shafa dah jatuh terlentang.
" Eh? Pengsan ke? Pandai pulak cari tempat nak jatuh pengsan ye? Baik punya landing atas kusyen. Kenapa tak nak jatuh je kat atas lantai simen ni? Kamu tak payah nak drama queen dengan mak lah Shafa oii... Tak termakannya mak dengan lakonan drama korea kamu tu. Mak nak kamu fikir masak-masak. Lagi seminggu Pacik Zaharul datang minta jawapan. Kalau kamu setuju, terus majlis risik.Suruh kerja pun taknak. Gantung je lah ijazah kau tu buat hiasan dinding. Tak habis-habis dengan bisnes tudung online kamu tu. Kahwin je lagi elok. Cepat sikit mak dapat main dengan cucu." Selamba Mak Chah melangkah ke dapur meninggalkan Shafa yang dah nak meroyan kat tengah rumah.
" Mak!!!!! Orang tak nak lah!!! Orang tak kenal dia pun" Jerit Shafa. Eh, mak aku ni. Dia pandang rendah bisnes tudung aku ni. Sebulan masyuk riban-riban apa?
" Takde maknanya tak kenal. Tu gambar Azad ada dalam sampul surat atas meja tu. Tengoklah sendiri." Mak Chah menjawab dari dapur.
" Tak hingin nak tengok. Arghhhh!!! Oppa... dowajuseyo!!!" Tersampuk balik dah hantu korea si Shafa ni.  Shafa renung beg duitnya. Macam lah gambar Lee Min Ho yang ditatapnya tu boleh menjawab. Habis lah kau Nur Shafa Hanna.

Nak tengok ke tak? Nak tengok ke tak? Shafa dok berperang dengan hati sama ada nak buka sampul coklat yang Mak Chah serahkan padanya sebentar tadi atau tidak. Entah-entah gemuk, pendek pastu tak handsome. Tu dia syaitan dah datang tabur baja dalam kepala otak Shafa. Hoi, Shafa.. agak-agaklah... bapak dia handsome kut walaupun dah tua. Mesti anak dia pun handsome. Hati Shafa menjawab. Hah, Betul-betul. Hati Shafa berbunga-bunga kejap. Tapi Shafa, kau tak tengok muka arwah mak dia Shafa. Entah-entah mak dia tak lawa. Azad pulak ikut muka mak dia. Hey, ada yang kena ikat walaupun bukan bulan puasa ni karang. Shafa dah mula naik gila. Ahh.. Bukak je la. Bukan rugi pun. Shafa pejam mata, Perlahan-lahan tangannya menarik sekeping gambar dari dalam sampul surat itu. 123 mata dibuka dan... toiinggggg!!!! nasib baik tak tergolek biji mata Shafa jatuh ke lantai. Gambar yang sekeping itu ditatap. Mukanya merah menahan marah. Bengong punya Azad!! Marahnya dalam hati. Bagilah gambar sekarang, yang terkini. Gambar masa umur 9 tahun ni nak buat apa? Arghh!!! Micheossuh Azad shi.... Michyeoganda!! Gambar lusuh itu di campaknya ke lantai. Ada tulisan dibelakangnya. Shafa ambil dan baca.

" Walaupun gambar tak mampu berkata-kata namun ada seribu satu cerita disebaliknya. Jika kita selami dan hayati dengan hati yang tenang, maka kita akan dapat mengembara ke masa silam walaupun hanya dengan sekadar melihatnya. Nur Shafa Hanna lihat dengan mata hati dan bukan dengan mata kasar. InsyaAllah kau akan temui jawapan yang kau cari.... Azad Hadif."

Shafa pusingkan kembali gambar tersebut. Kelihatan dia dalam lingkungan umur 6 tahun sedang memeluk teddy bear sambil mencangkung memandang ke tanah. Seorang budak lelaki yang turut mencangkung disisi seolah-olah sedang menulis sesuatu ditanah. Shafa kecilkan mata. Cuba mencari jawapan. Gambar diterbalikkan. Finally!!!! Dia jumpa apa yang dia cari. Di tanah itu tertulis " Azad love Shafa forever" Airmata Shafa bercucuran seperti ada pili di matanya. Hatinya tiba-tiba sebak dan pedih. Segala kenangannya bersama Azad seperti dimainkan perakam video melintasi setiap ruang fikirannya. Memori indah bersama Azad kini kembali.Gambar itu dibawa kedadanya. Dia menangis teringatkan Azad hingga dia tidak sedar bila matanya lelap. Malam itu tiada lagi mimpi Lee Min Ho, yang ada hanyalah mimpi sepasang kanak-kanak yang begitu bahagia dan riang bersama-sama.

Shafa mundar mandir dalam biliknya. Panggilan telefon dari abangnya tadi betul-betul mengganggu fikirannya. Menurut kata abangnya Azad kini sedang bertugas di Lubnan dengan pasukan Mallbatt 4. Sudah setahun rupanya Azad mengikuti misi keamanan PBB oleh Tentera Darat Malaysia. Baru Shafa tahu, walaupun Shafa tidak mengingati Azad sebelum ini, tetapi persahabatan abangnya dan Azad tidak pernah terputus. Malah mereka bersahabat baik sampai sekarang. Abangnya Shafiq lah yang menjadi mata dan telinga Azad selama ini. Setiap perkembangan Shafa semuanya dilaporkan kepada Azad. Azad yang menyuruh abangnya merahsiakan semua ini kerana bimbang Shafa akan jatuh sakit lagi jika Shafa tahu tentangnya. Shafa selalu hairan kenapa setiap tahun dia akan menerima dua hadiah daripada abangnya bila tiba ulangtahun kelahirannya. Tetapi Shafiq hanya menjawab sebab dia sayangkan Shafa, sebab tu dia belikan dua hadiah . Sekarang baru  Shafa tahu, satu daripada hadiah itu rupanya daripada Azad yang dikirim melalui Shafiq.

Shafa benar-benar dilema. Betulkah Azad begitu menyayanginya? Walaupun dia sudah dapat menerima kehadiran Azad kecil dalam hidupnya tetapi dia langsung tidak tahu bagaimana Azad yang dewasa kini. Menurut abangnya lagi pagi jumaat ini penerbangan pulang pasukan yang disertai Azad akan sampai ke tanahair. Azad harap Shafa dapat sama menunggu kepulangannya di lapangan terbang. Shafiq sendiri telah mengesahkan yang dia akan sampai malam esok untuk membawa Shafa dan Mak Chah menyambut kepulangan Azad. Sayup-sayup kedengaran laungan azan Isya' memanggil umatnya mendirikan rukun islam yang kedua. Shafa bangun menuju kebilik air. Selepas berwudhu, Shafa sarung telekung dan bersolat. Sejurus habis berdoa, Shafa kembali qiam. Solat sunat istikharah pula didirikan. Begitulah rutin Shafa sejak dua malam yang lalu. Shafa perlu bantuan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam menyelesaikan masalahnya. Malam itu seperti dua malam yang sebelumnya, tidur Shafa ditemani mimpi indah dia dan Azad sewaktu kecil. Subhannallah, Shafa yakin kini dengan takdirnya.

Selepas solat Subuh, Shafa bersiap seadanya. Baju kurung moden potongan peplum warna biru muda itu dipadankan dengan sehelai shawl warna kuning lembut motif abstrak. Lilitan mudah dilakukan. Malas pula dia nak melilit-lilit extream shawl nya pagi ini. Hatinya sangat berdebar. Sesekali tangannya menggigil. Sebiji kerongsang bentuk rama-rama dijadikan pelengkap hiasan shawlnya. Bibirnya dioles dengan lip gloss merah muda perisa strawberi. Wajahnya sekadar berbedak nipis. Shafa mengakiri solekannya dengan menyapu sedikit maskara pada bulu matanya yang sudah sedia lentik.. Cukuplah. Over tau kau ni Shafa. Macam nak sambut laki balik je.Opss... pembetulan, bakal laki hehehe Shafa gelak dalam hati. Angau dah kau ni Shafa.

" Assalamualaikum pakcik." Shafiq menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan Sri Zaharul sebaik mereka bertemu di kafeteria berhampiran Hotel Concorde Shah Alam tempat mereka sekeluarga menginap. Malam tadi selepas Isya' mereka sekeluarga bergerak dari Masjid Tanah Melaka menaiki kereta baru Shafiq. Bukan main bangga lagi dia menayang kereta barunya itu. Mak Chah pula sekadar memanjatkan syukur di atas rezeki anaknya. Bila Shafiq telefon beritahu dia nak balik bawa buah hati baru, betul-betul Mak Chah fikir dia nak jumpa bakal menantu. Rupa-rupanya besi beroda warna putih tu yang menjalar masuk halaman rumahnya malam semalam.
" Waalaikumsalam." Shafiq berpelukan dengan Tan Sri Zaharul. Shafa turut bersalaman. Kepala Shafa diusap-usap Tan Sri Zaharul.
" Cantik anak papa  hari ni. Terima kasih Shafa sebab sudi jemput kepulangan Azad hari ni. Tentu Azad gembira." Shafa cuma senyum manis. Anak? Dia panggil kau anak Shafa? Hahaha habislah kau Shafa.
" Kak Chah, dua tiga hari ni terbau-bau nasi minyak dekat hidung saya ni. Apa maksudnya ye Kak Chah?"
Tan Sri Zaharul sengaja mengusik Shafa.
" Oh... tu tandanya tak lama lagi ada kenduri la kat umah kita Zaharul." Amboi ... galak tau mak aku ni. Shafa muncungkan mulut sebaik mendengar jawapan Mak Chah.Shafiq yang mendengar hanya ketawa. Belum sempat dia mencelah sebuah cubitan singgah dipinggangnya. Terus hilang ideanya nak menyakat Shafa. Shafa senyum simpul melihat abangnya yang sedang menggosok tempat yang dicubitnya tadi. Hahaha padan muka.
" Jomlah, kita sarapan. Pukul 9 nanti InsyaAllah sampailah kapal terbang Azad tu." Tan Sri Zaharul membuat tempahan sebaik di hampiri pelayan. Selesai bersarapan mereka meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Tentera Udara Subang. Disitulah Pasukan Mallbatt 4 akan tiba sebentar lagi. Debaran hati Shafa semakin menggila. Pertemuan semula selepas dua puluh dua tahun. Macam jejak kasih daa... Hadiah yang dibelinya semalam untuk Azad digenggam kemas ditangan. Harap menepati citarasa Azad doanya.

Ruang menunggu di Pangkalan Udara Subang itu sesak dan riuh rendah dengan kaum keluarga dan sanak saudara yang menanti kepulangan insan tercinta. Para wartawan juga turut sibuk membuat persiapan liputan yang akan dibuat. Shafa dan keluarganya mengambil tempat di suatu sudut yang berdekatan dengan pintu keluar. Beberapa kenalan Tan Sri Zaharul datang bersalaman dan bertanya khabar dengannya. Terkejut Shafa sewaktu Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang selalu hanya dilihat dikaca televisyen berdiri dihadapannya. Lagi dia terkaku bila dengan selamba Tan Sri Zaharul memperkenalkannya sebagai bakal isteri Azad. Nasib baik dia tidak pengsan. Tiba-tiba pengumuman ketibaan para parajurit yang telah tiba kedengaran. Semua orang yang ada terus berpusu-pusu ke hadapan pintu balai utama ketibaan. Shafa terharu melihat anak-anak kecil yang begitu ceria menanti kepulangan ayah mereka. Ada yang membawa jambangan bunga, ada yang membawa hadiah. Sebaik sahaja anggota keluar dari pintu utama terdengarlah jerit pekik dan tangisan gembira yang tidak pernah Shafa bayangkan selama ini. Arwah ayahnya dulu tidak pernah ditugaskan diluar negara. Jadi dia tidak ada pengalaman berpisah seperti mereka. Dia hanya menangis tersedu-sedan sewaktu ayah dan maknya hendak ke Mekah menunaikan haji sahaja enam tahun dulu dan sekali lagi sewaktu ayahnya pergi buat selama-lamanya dua tahun sudah. Shafa merasa sebak melihat isteri-isteri parajurit menyambut kepulangan suami yang dicintai dengan pelukan dan airmata. Hampir semua yang ada menitiskan airmata menyambut bangga kepulangan perwira negara. Debaran di hati Shafa semakin kuat saat seorang lelaki segak dan tegap lengkap berpakaian tentera datang menghampiri mereka. Kakinya tiba-tiba lembik seakan tak berpijak di bumi. Mak aiii..... handsomenya!!! jerit hati Shafa. Tak dapat Lee Min Ho dapat Lee Dong Wook pun jadi la. Hahahah menyempat lagi kau ni Shafa.
" Tuan! Mejar Azad Hadif melaporkan diri. Tuan!" Azad beri tabik hormat pada Tan Sri Zaharul. Tan Sri Zaharul turut mebalas tabik hormat. Seketika kemudian kedua beranak itu berpelukan mesra. Lama sekali. Bahu Azad ditepuk-tepuk mesra Tan Sri Zaharul. Walaupun tiada airmata yang mengalir diwajah Tan Sri Zaharul tetapi Shafa tahu, dia sangat sebak dengan kepulangan anaknya yang telah setahun terpisah. Azad menyalami tangan Mak Chah dengan hormat. Kemudian dia berpelukan mesra dengan Shafiq. Saat Azad menghampirinya Shafa, hanya senyuman manis yang dapat diberikan Shafa.
" Welcome home." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Shafa. Hadiah yang berbalut kemas dihulurkan. Azad mengambil hadiah dari tangan Shafa.
" Terima kasih sebab sudi datang jemput abang pulang hari ni. Dan terima kasih juga sebab bagi hadiah ni. Maaf, abang tak beli apa-apa pun untuk Hanna." Abang? Adoila... sedapnya suara Lee Dong Wook celup ni. melting...melting...eh? kejap. Dia panggil aku Hanna? Dulu pun dia panggil aku Hanna ke? Tak pernah lagi ada orang yang panggil Shafa dengan nama Hanna.
" Dah, jom balik rumah, sambung berbual dan melepaskan rindu dekat rumah pulak. Kejang pulak kaki tu nanti dok tercegat je merenung macam patung cendana." Selamba Tan Sri Zaharul smash tepat kemuka Azad dan Shafa. Mereka mula melangkah meninggalkan ruang ketibaan.
" Shafa." Shafiq menghampiri Shafa saat mereka bergerak menuju ke parkir kereta.
" Apa?" Tanya Shafa. Nak usik aku lah ni... fikir Shafa.
" Ada feeling cam heroin jemput oppa army abis tugas tak? Ala yang macam dalam drama korea Shafa dok tengok tu." Tanya Shafiq.
" Eh, Aah la kan... macam dalam cerita My Little Bride kan?" jawab Shafa sambil tersenyum-senyum.
" Hahahaha." Terdengar ketawa jahat dari mulut Shafiq. Baru Shafa sedar, abangnya sedang mengenakannya.
" Abang!!!" Eeee... malunya!!!! Shafa jerit dalam hati. Rama-rama dalam perut dah mula mengepak-ngepak.

Sebaik tiba di tempat parkir kereta, Semua beg Azad dimasukkan oleh Pak Man pemandu Tan Sri Zaharul kebahagian belakang Alphard putih itu. Cuma hadiah dari Shafa saja yang masih digenggaman Azad.
" Shafiq, kunci kereta?" Tiba-tiba Azad meminta dari Shafiq. Shafa pandang hairan.
" Nah, kau bawa elok-elok. Aku baru beli tu. Awek aku pun tak naik lagi. Paling penting tu jaga tuan puteri tu baik-baik. Korang jangan nak menyimpang ke taman bunga pulak. Terus balik. Aku tunggu dekat rumah ayah kau." Sengaja Shafiq kuatkan perkataan tuan puteri. Hishh... Nak kena tau abang aku ni. Alahai... agenda apa pula yang diorang dah plan ni?
" Shafa naik kereta dengan Azad. Mak Shafa dengan abang Shafiq naik kereta papa. Kita jumpa dekat rumah ye. Tentu Shafa dan Azad nak berbual-bual. Papa kasi chance." OMG.... dah dua kali Tan Sri Zaharul bahasakan dirinya papa ni. Sah, memang sah... Tak lama lagi ada kenduri nasi minyak dekat rumahnya. Habislah kau Shafa.

" Hanna sihat?" tanya Azad sebaik mereka melabuhkan punggung dalam kereta Nissan Almera milik Shafiq. Hanna sekadar menggangguk. Sumpah makan kimbap tiga batang, memang dia malu gila berduaan dengan Azad saat ini.
" Boleh abang buka hadiah Hanna ni?" Tanya Azad sambil menggoncang kotak tersebut.
" Bukalah." Jawab Shafa. Kau dah kenapa Shafa? Sepatah-sepatah je perkataan keluar dari mulut becok kau yang tak pernah diam ni? Hilang taring kau jumpa abang tentera handsome ye? Shafa memerhatikan azad membuka hadiah dengan cermat.
" Wow! Mahal ni.... Terima kasih Hanna. Abang akan gunakan dan jaga dengan sebaiknya. Abang akan ingat Hanna setiap saat bila abang pakai jam ni." Azad tersenyum lebar melihat pada jam tangan Tissot warna perak itu. Terus ditanggalkan jam Tag Heuer yang sedang dipakainya. Jam yang Shafa hadiahkan pula menghiasi tangannya kini. Shafa senyum. Ohh! bila pakai je la ingat... bila tak pakai tak ingat kat aku la... Oppss... Hanna tutup mulut. Nasib baik kata-kata tu hanya terlintas dalam hati. Kalaulah meluncur keluar dari mulutnya tadi, mau dia keluar dari kereta tahan teksi dan terus balik ke Melaka saat tu juga.
" Kenapa Hanna bagi abang jam ye kalau boleh abang tahu?" Tanya Azad. Enjin kereta dihidupkan dan mula meluncur perlahan.
" Entah. Mungkin sebab jam tu simbolik pada masa. Masa yang telah berlalu dalam hidup Sha.. err.. Hanna selama dua puluh dua tahun ni. Masa yang telah hilang berlalu membawa kenangan kita bersama." Hoi! apa yang kau cakap ni Shafa.... Malunya.... Shafa pejam mata, rasa nak tampar-tampar mulutnya saat itu.
" Kenangan tu tak pernah hilang Hanna. Cuma ia tersimpan. Dan sekarang abang yakin Hanna dah mendapatkannya kembali kan? Kalau tak, masa kan Hanna ada disebelah abang sekarang ni." Azad senyum penuh makna. Dia bersyukur Nur Shafa Hanna telah mengingatinya semula.
" Azad.. Boleh Sha...err.. Hanna tanya sesuatu?" Shafa pandang muka Azad yang sedang memandu. Kacaknya.... Shafa rasa dah jatuh cinta terguling-guling.
" Abang! panggil abang kan lebih manis. Beza umur kita tiga tahun tau. Nak tanya apa?" Azad pandang sekilas wajah Shafa. Tumpuannya kembali kepada pemanduan.
" A..a...abang memang panggil Shafa Hanna ke dari dulu?" Tanya Shafa. Adoi.. susahnya nak sebut abang.
" Tak. Dulu abang panggil Shafa. Tapi sejak setahun yang lepas, abang biasakan lidah abang panggil Shafa ... Hanna. Kenapa? Hanna tak suka ke?" Azad pula bertanya.
" Bukan tak suka. Hairan je.. Sebab takde siapa panggil Hanna dengan nama tu.Tapi, kenapa abang tukar panggil Hanna?" Shafa tanya lagi. Masih tak puas hati ye Cik Nur Shafa Hanna. Dah memang-memang Hanna tu pun nama kau. Melantak pi lah dia nak panggil pun.
" Sebab... Nama Hanna lebih manis, nama Hanna lebih lembut, nama Hanna lebih manja dan nama Hanna lebih berbunyi macam nama idols kpop yang Hanna dok gila-gilakan tu." Jawab Azad lagi.
" Oh... Hah? Idols kpop? Ala... ini mesti kerja abang Shafiq kan? Apalagi hal Hanna yang dia bagitahu abang? Eee.. nak kena tau abang Shafiq ni." Shafa dah terbayang-bayang dia picit-picit mulut abangnya yang takde insuran tu. Penumbuknya dikepal bagai tak sabar nak dilepaskan kemuka Shafiq. Nanti la... bisik hati kecil Shafa.

Selepas makan malam bersama dirumah Tan Sri Zaharul malam itu, mereka duduk berkumpul di ruang tamu sambil menikmati kopi bancuhan Mak Jah isteri Pak Man. Mereka pun tinggal dirumah Tan Sri Zaharul rupanya. Baik juga bapak mertua aku ni. Shafa gelak kecil. Belum apa-apa kau dah gelar Tan Sri tu bapak mertua kau Shafa. Memang kronik dah angau kau ni Shafa oii...
" Apa yang Shafa gelakkan tu?" Tanya Tan Sri Zaharul tiba-tiba.
" Hah? Oh.. kopi Mak Jah ni sedap betul." Cover.. cover... Shafa dah nak pitam.
" Nanti bolehlah Shafa belajar buat kopi yang sedap tu dari Mak Jah lepas kahwin. Azad memang suka minum kopi lepas makan malam."  Tan Sri Zaharul sengaja mengusik Shafa. Wajah Shafa dah merah macam Tteokbokki.
" Sudah-sudahlah mengusik si Shafa tu Zaharul. Karang ada yang tak nak ikut akak balik pulak. Ialah... Jasad je di Melaka hati ada di Kuala Lumpur ni." Wah Mak aku ni... bukan dia nak sebelahkan aku. Jadi penambah perisa pulak dia.
" Ni, kira jadilah ye rancangan kita tu Kak Chah? Minggu depan saya bawak rombongan meminang ye? Boleh Shafa?" Tan Sri Zaharul tanya empunya diri. Boleh! Laju je Shafa menjawab. Nasib baik dalam hati. Gelojoh bebenor.. Shafa hanya menundukkan wajahnya ke lantai. Malu lah konon. Choiii!!
" Kalau diam tu maknanya setuju lah tu Pakcik." Wah.. wah.. wah... sejak bila pulak aku lantik abang Shafiq jadi penterjemah body language aku lak ni?
" Kalau ada cincin boleh pakcik merisik terus Shafa malam ni alang-alang. Tapi Pakcik tunggu Azad balik dulu baru nak pergi beli dengan dia konon. Esok lusa lah cadangnya." Sedih suara Tan Sri Zaharul.
" Siapa kata takde cincin? Adalah papa... " Azad mencelah.
" Hah? Bila kamu beli?" Tanya Tan Sri Zaharul. Soalan papanya tidak dijawab Azad. Dia naik keatas menghilang kebiliknya. Seketika kemudian Azad turun membawa sebuah kotak baldu bewarna merah lalu dihulurkan kepada papanya. Kotak dibuka, sebentuk cincin emas berbatu delima warna merah bentuk hati terletak cantik.
" Arwah mama yang bagi pada Azad. Lama dah. Mama suruh Azad beri pada wanita yang berjaya menawan hati Azad. Dan semua orang pun tahu kan, dari dulu sampai sekarang Hanna sajalah wanita yang ada dalam hati Azad." Selambanya Azad ni bercakap. Oksigen...oksigen... Shafa dah nak pengsan. Saat  Mak Chah menyarungkan cincin delima milik arwah mama Azad ke jarinya, Shafa hanya mampu memanjatkan doa agar perhubungan ini diberkati dan berkekalan.

Tiga bulan telah berlalu. Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Khemah terhias indah dihalaman rumah Mak Chah. Warna krim dan ungu muda menjadi pilihan. Makanan dan minuman sedang rancak dihidangkan. Sanak saudara memenuhi setiap sudut rumah Mak Chah. Jiran tetangga turut datang menghulur tenaga membantu kelancaran majlis. Begitulah muafakatnya hidup di kampung. Diatas rumah, pihak pengantin lelaki baharu saja tiba. Sebuah pelamin mini dibina dan dihias indah untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung sebentar lagi. Azad Hadif telah bersedia untuk dinikahkan. Segak berbaju melayu cekak musang warna putih gading, Nur Shafa Hanna juga tak kurang hebatnya berdandan cantik dan berbusana muslimah potongan jubah moden warna yang sedondon. Dengan sekali lafaz, sah lah Nur Shafa Hanna menjadi Puan Azad Hadif. Bercucuran airmata Mak Chah dan Shafa sebaik lafaz disahkan. Bahagia dan hiba bercampur baur. Selesailah sudah tanggungjawab Mak Chah membesarkan dan mendidik Shafa sebagai seorang wanita dan muslimah. Malam tadi panjang lebar dia memberikan nasihat dan bimbingan kepada Shafa mengenai tanggungjawab baru Shafa sebagai sorang isteri. Doa dipanjatkan Mak Chah semoga pernikahan anaknya itu diberkati dan mendapat keredhaanNya. Shafa dan Mak Chah berpelukan. Mak Chah kesat airmata diwajah Shafa. Dahi anaknya dikucup lembut. Sebaik selesai menunaikan sujud syukur, Azad menghampiri Shafa yang sedia menanti diatas singgahsana yang indah. Azad hulurkan tangan kepada Shafa. Shafa sambut dengan penuh perasaan yang berbunga. Tangan suaminya disalami dan dikucup mesra. Sebuah ciuman hangat yang menggetarkan dada Shafa singgah didahinya. Kemudian Azad meletakkan tangan kanannya diatas kepala Shafa.
" Nur Shafa Hanna binti Haji Sulaiman. Abang nikahi kamu bersaksikan Allah dan Rasul serta kaum keluarga dan sahabat handai hari ini. Abang berjanji akan menjadi suami yang terbaik untuk Hanna dan ayah yang hebat untuk bakal anak-anak kita. Abang harap Hanna akan sentiasa berada disisi abang dalam menempuhi cabaran hidup berumahtangga. Seandainya abang melakukan sesuatu yang khilaf sudilah Hanna menegur dan memimpin abang kejalan yang benar. Begitu juga jika Hanna melakukan khilaf terimalah teguran abang dengan hati yang terbuka. InsyaAllah abang akan cuba menjadi imam dan khalifah didalam keluarga kita. Begitu jugalah abang berharap agar Hanna dapat menjadi srikandi keluarga dan bidadari syurga di hati abang. Bersama-samalah kita berusaha dalam mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya." Airmata Shafa bercucuran saat Azad melafazkan ikrar pernikahan mereka. Sungguh Shafa tidak sangka Azad begitu romantis orangnya. Sebuah lagi kucupan singgah diubun-ubun Shafa pula. Sungguh, saat ini tiada perkataan yang mampu menggambarkan kebahagiaannya. Tangan Shafa digenggam erat Azad Hadif. Seutas rantai emas putih dihulurkan kepada Azad. Azad menyambutnya dan mengalungkan dileher Shafa. Ada dua loket huruf A dan H berbatu zamrud hijau tergantung cantik. Shafa tersenyum bahagia.

Tiada majlis persandingan atau tepung tawar dilakukan seperti kebiasaannya dirumah Shafa. Hanya sekadar makan beradab dan sessi bergambar bersama raja sehari. Sebuah sudut dihias cantik untuk kaum keluarga dan sahabat handai mengabadikan kenangan bergambar bersama. Menjelang petang majlis indah itu selesai dengan meriahnya. Yang tinggal hanyalah beberapa kerat penduduk kampung dan saudara terdekat yang sibuk mengemas dan mencuci. Kerusi meja telah disusun di suatu sudut dibawah khemah. Sampah sarap yang bersepah juga telah dikutip dan dikumpulkan. Shafa dan Azad baru usai solat asar berjemaah didalam kamar. Shafa melipat telekung dan sejadah yang digunakan lalu disangkut ditempat yang disediakan. Walaupun telah hampir tujuh jam mereka bergelar suami isteri, perasaan malu masih lagi menebal  didada Shafa.
" Hanna..." Panggil Azad lembut. Shafa menoleh ke arah Azad yang sedang duduk diatas katil.
" Sini sayang... " Azad menepuk-nepuk tilam mengisyaratkan supaya Shafa mendatanginya. Gulp! Shafa telan liur. Awal lagi kot. Takkan nak panjat katil dah. Otak kotor Shafa dah mula bekerja. Orang kat luar pun ramai lagi takkan dah nak manja-manja? Habislah kau Nur Shafa Hanna... Lambat-lambat Shafa mendekati Azad. Punggungnya dilabuhkan diatas katil. Jauh sedikit dari Azad.
" Dekatlah sikit sayang... bukan abang nak buat apa pun... kalau nak buat pun apa salahnya kan? " Azad sengaja mengusik Shafa yang dah pucat. Tangan Shafa ditarik lembut Azad agar mendekatinya.Dengan hati yang penuh debar Shafa merapati Azad. Sebuah kotak bewarna merah jambu yang cantik beriben warna emas diserahkan kepada Shafa.
" Apa ni abang?" Tanya Shafa lega. Fuhh! suspen je...
" Hadiah untuk sayang lah.. Buka  tengok sendiri. Abang harap sayang suka. Ini balasan untuk jam yang sayang hadiahkan pada abang hari tu." Jawab Azad. Gila tak suka. Dapat hadiah mestilah suka. Tapi aku lagi suka dengar Azad panggil aku sayang. Arghhh!!! Melting..Melting.... sabar Shafa. Bawak mengucap. Kotak itu dibuka dan.... airmata Shafa memang murah hari ini. Sebaik terpandang benda didalam kotak itu dia menjadi kaku dan terdiam. Tidak tahu apa yang patut lidahnya tuturkan. Azad lap airmata Shafa dengan hujung baju melayunya. Shafa ambil kepingan kertas berupa tiket kapal terbang yang terletak didalam kotak itu. Ada empat keping semuanya. Dua keping tertulis Seoul sebagai destinasi bertarikh Sabtu minggu depan dan dua keping lagi tertulis Jeddah  bertarikh seminggu kemudian.
" Abang..." Shafa dah hilang malu.Tubuh Azad dipeluk erat dan wajahnya disembamkan didada bidang Azad. Terhinggut-hinggut Shafa menangis kegembiraan.
" Abang tahu, sayang dah lama nak pergi Korea kan? Sekarang tengah autumn tau. Just a perfect time to having a honeymoon. Lepas tu kita sambung buat umrah. Papa, mak dan abang Shafiq pun ikut sama. Tapi diorang jumpa kita dekat Jeddah lah. Takkan diorang nak kacau daun kita honeymoon pulak kan?" Makin laju airmata Shafa mengalir. Ya Allah aku bersyukur Kau temukan aku dengan lelaki yang sangat menyayangi aku. Shafa memanjatkan kesyukuran.
" Terima kasih abang..." Tangan Azad dicapai lantas dikucup mesra.
" My plesure sayang..." Azad cium pipi Shafa hangat. Pelukan makin dieratkan.
" Oppa... Saranghae... " Shafa pandang wajah Azad. Buat muka comel sambil kelip-kelip mata. Comel lah sangat kononnya tu. Azad tarik hidung Shafa.
" Salah lah... macam ni... Yeobo, naneun neoreul sarang hada..." Ternganga mulut Shafa memandang suaminya. Hidungnya dicuit Azad. Mulut Shafa ditutup dengan telapak tangannya.
" Apa? Ingat abang tak pandai ke? Abang pun suka tengok drama korea lah." Azad buat muka selamba. Terus bangun. Tangan Shafa diraih.
" Jom, tolong apa yang patut kat luar. Nanti diorang ingat kita buat apa pulak lama-lama dalam bilik." Oh! indahnya dunia dikurniakan suami macam Azad Hadif. Sumpah! Kalau letak Lee Min Ho dan Lee Dong Wook saat ini didepannya dia tetap akan pilih Mejar Azad Hadif.

I want nobody...nobody but you
I want nobody...nobody but you
Hati Nur Shafa Hanna berlagu riang......
               
                                                                         TAMAT

Words Of The Day.... ((^_^))

Oppa - Abang / Kekasih ( perempuan yang panggil )
Omma- Emak
Saranghae - Aku cinta padamu
Dangsin-eul saranghabnida - Aku pun mencintaimu
Dangsin-eun jeowo gyeolhon hal geos-inga? - Sudikah kau mengahwiniku
Omo..omo... - Amboi-amboi
Micheossuh - Gila
Michyeoganda - Boleh jadi gila macam ni
Yeobo - panggilan sayang untuk suami / isteri
Naneun neoreul sarang hada - saya amat mencintai awak










Thursday, 26 September 2013

PENGENALAN WATAK ASSALAMUALAIKUM CINTA

ALYA IZZARA
Gadis ini walaupun berhijab tetapi agak lasak perwatakannya. Dia disenangi ramai kerana perangainya yang gila-gila dan suka membantu. Dalam kelasakannya dia seorang gadis manis yang mampu membuat lelaki jatuh cinta berkali-kali. Dalam diam dia dicintai dua orang lelaki. Dalam misinya mencari cinta sejati dia diuji dengan pelbagai perkara. Namun dia seorang gadis yang matang dan tabah dalam mengharungi kehidupannya. 

MALIQUE ARYANN
Anak kepada Datuk Maliki dan Datin Soeraya. Seorang CEO muda yang baru pulang dari luar negara kini menguruskan perniagaan keluarga. Walaupun memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dia memilih untuk meneruskan tradisi keluarga lantaran dia adalah anak tunggal. Mencintai Alya Izzara semenjak gadis itu masih dibangku persekolahan. Namun cabaran utamanya ialah gadis itu menganggapnya seperti abang kandung kerana mereka membesar bersama.

JOEHAN AQIF
Majikan tempat Alya Izzara bekerja. Sangat kacak dan majikan yang disenangi pekerja. Dalam diam dia jatuh cinta kepada Alya Izzara setelah meminta bantuan yang sangat besar dari gadis itu dalam usaha menggagalkan rancangan ibu tirinya. Dalam percubaannya memenangi hati gadis itu dia dikejutkan dengan satu berita yang sangat tidak disangkanya.

LISA SARA
Gadis kaya yang sangat manja dan gedik. Sentiasa dapat apa yang dihajatinya didalam hidup kerana kekayaan keluarganya. Mencintai Malique Aryann yang juga sepupunya. Pelbagai usaha dilakukan dan bermacam rancangan jahat diatur sebaik mengetahui Malique Aryann mencintai Alya Izzara dan bukan dirinya. Kerana tidak suka akan penolakan itu dia menjadikan hidup Alya Izzara berantakan.

AMER IZWAN
Abang kepada Alya Izzara dan kawan baik kepada Malique Aryann. Seorang guru sekolah menengah. Dia berkahwin dengan teman baik adiknya Melia. Seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan menyayangi keluarganya.

MELIA
BFF Alya Izzara sejak dari tahun pertama diuniversiti. Berkahwin dengan abang teman baiknya kerana terpikat dengan sikap penyayang lelaki itu.

QIESHA HANI
Setiausaha Joehan Aqif yang berpura-pura baik namun seorang yang menakutkan kerana dia mempunyai komplot yang sangat besar untuk menghancurkan hidup lelaki itu.

DATIN SOFI
Ibu tiri kepada Joehan Aqif. Seorang wanita yang sombong dan pendendam. Dia menyimpan satu rahsia besar serta mastermind kepada satu komplot jahat untuk menjatuhkan Joehan Aqief dan keluarganya.

Dato Ahmad Shauqi
Bapa kepada Joehan Aqief. Seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang hartanah. Seorang lelaki yang baik serta bapa yang penyayang. 

Assalamualaikum semua... 
Ok... setakat ini, ini adalah barisan watak utama dalam e-novel saya ASSALAMUALAIKUM CINTA. 
Ada beberapa watak sampingan yang akan mengukuhkan dan menyedapkan lagi jalan cerita ini nanti. Semoga usaha saya menyiapkan e-novel ini dipermudahkan. Saya akan masukkan entri mengenai sinopsis jalan cerita pula jika ada masa. Sampai jumpa lagi.. Daaaa!!!!!

p/s: 27/9!!! it's our anniversary today.... 11th years with full of joy and love.... May Allah blessed us until jannah... Aamiin... Encik Cinta Hati Mohd Ramdhan Bin Zamri.... I LOVE YOU !!!!


Bab 1

BAB 1

Tahun 2006

Hujan turun renyai-renyai pagi itu saat tubuh kaku Pak Mirza diturunkan dari van jenazah. Matahari juga seakan malu menunjukkan wajah seolah-olah turut berkabung diatas kepergian Pak Mirza. Agak ramai juga sahabat handai dan kaum keluarga yang turut serta menghantar Pak Mirza dalam perjalanan terakhirnya pagi itu. Dari jauh kelihatan seorang gadis manis dan seorang wanita pertengahan usia berpelukan erat sambil menyeka air mata yang tiada hentinya dari tadi. Itulah Alya Izzara anak kesayangan Pak Mirza dan ibunya Mak Hanim.

Didalam liang lahad Amer Izwan anak sulung Pak Mirza telah sedia menanti untuk menyambut jenazah ayahnya. Turut bersama membantunya dua orang kenalan rapat ayahnya. Itulah khidmat terakhirnya kepada arwah. Malahan sebelumnya tadi dia turut sama memandi, mengafan malah mengimamkan solat jenazah ayahnya. Hasrat ayahnya untuk melihat dia memulakan kerjaya sebagai pendidik anak bangsa nampaknya tidak kesampaian. Ayahnya banyak memberi dorongan dan inspirasi untuk dia menjadi seorang guru. Itu adalah cita-cita ayahnya semasa muda dahulu, tetapi kerana desakan hidup, ayahnya hanya mampu menjadi pemandu peribadi kepada sebuah keluarga hartawan yang baik hati. Tidak sempat dia membalas jasa dan pengorbanan ayahnya selama membesarkan mereka dua beradik. Ditoleh sekilas adik dan ibunya, syukur dipanjatkan kerana tidak lama lagi dia akan mula bekerja maka tidaklah keluarganya terumbang-ambing hilang tempat bergantung. Alya bakal menduduki SPM tahun hadapan. Sekilas Amer menoleh kepada adik dan ibunya.
"Aku harus kuat menghadapi dugaan ini " bisik hati kecil Amer Izwan.

Sebaik habis talkin dibaca, Mak Hanim lah orang pertama yang menyiram pusara Pak Mirza dengan air mawar diikuti oleh Amer Izwan dan Alya Izzara. Kemudian kelihatan srpasang suami isteri yang berpenampilan agak bergaya dan terhormat pula menyirami pusara. Mereka adalah Datuk Maliki dan Datin Soeraya majikan arwah Pak Mirza dan Mak Hanim. Beberapa orang ahli kelurga terdekat dan sahabat handai turut tidak melepas peluang. Mereka amat sedih kehilangan seorang saudara dan sahabat yang amat disenangi peribadinya.
" Amer, beritahu Tok Imam dan jemaah masjid uncle akan buat majlis tahlil selama tiga malam di rumah selepas Isya'. Jemput mereka hadir ya" Datuk Maliki berkata lembut sambil menepuk-nepuk bahu Amer Izwan.
" Eh! tak apalah uncle. Saya cadang nak buat di masjid sahaja. Tak payahlah uncle susah-susah. Banyak dah uncle tolong uruskan ni." Amer Izwan tidak sedap hati mendengar permintaan Datuk Maliki.
" Apa yang susahnya Amer, ayah kamu tu uncle dah anggap macam abang uncle sendiri. Janganlah hampakan hajat uncle ni." kata Datuk Maliki lagi penuh harap. Tangan Amer Izwan diraih Datuk Maliki lalu digenggam erat. Penuh kasih sayang seperti ayah dan anak.
" Kalau dah uncle kata macam tu, ialah.... saya ikut aje mana yg baik." Amer Izwan mengalah. Tidak sanggup mengecewakan permintaan orang yang banyak jasa kepada keluarganya.

"Alya.... sudahlah tu. Tak baik kita bersedih lama-lama macam ni. Yang dah pergi biarkan dia pergi dengan tenang. Alya anak yang baik. Alya anak yang kuat. Doakan semoga roh ayah Alya aman disisiNya ya nak." Kepala Alya Izzara diusap lembut Datin Soeraya.Alya Izzara tidak bersuara. Mukanya disembamkan kedada Datin Soeraya. Terhinggut- hinggut bahunya menahan tangis dari kedengaran. Datin Soeraya mengusap lembut belakang badan Alya Izzara, cuba meredakan esakan kecil Alya Izzara.
"Allah itu tidak kejam Alya.Dia tidak menduga dan menguji hambanya saja-saja. Pasti ada hikmah disebalik setiap rencanaNya.Hidup dan mati itu takkan lewat atau cepat walau seminit bahkan sesaat pun dari apa yang telah tertulis di luh mahfuz.Jangan sesekali kita mempertikaikannya. Terima dengan redha ya sayang. Alya kena kuat, Alya kena tabah, sebab ibu Alya sangat memerlukan Alya dan abang Amer sekarang. Kalau ikutkan, ibu Alya lah orang yang paling sedih sekali dalam kehilangan ini. Dia bukan saja kehilangan suami, tapi kehilangan seorang teman dan juga bapa kepada anak-anaknya yang telah bersama puluhan tahun, bukan sehari dua mereka meniti hidup bersama." Alya terpujuk dengan kata-kata Datin Soeraya. Kepalanya diangkat. Airmatanya diseka dengan hujung tangan baju kurungnya.
"Alya bukan tidak boleh terima kenyataan aunty, tapi Alya terkejut sebab ayah tak pernah mengadu yang dia sakit atau tidak sihat.Baru semalam kami bergurau senda dan ketawa riang. Tiba-tiba malam tadi ayah batuk-batukdan sesak nafas. Saat Doktor Hisham kata ayah telah pergi kerana serangan jantung, Alya rasa macam jiwa Alya direntap pergi sekali." Alya bersuara serak. Cuba menahan tangisan.
" Sudahlah Alya. Kita terima dengan redha ya sayang. InshaaAllah pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi" Suara Mak Hanim menyapa telinga Alya Izzara. Mak Hanim duduk disebelah Alya Izzara sambil mengusap lembut kepalanya. Alya Izzara lepaskan pelukan Datin Soeraya dan beralih kepada ibunya.
" Bila kita beriman dengan rukun yang enam pasti kita terima dengan redha setiap rencanaNya. Alya ingatkan pesanan arwah ayah?" Mak Hanim pegang muka Alya Izzara. Satu kucupan hangat singgah lama didahi anaknya itu. Alya menggangguk-angguk kepala perlahan.
" Alya akan ingat segala pesanan dan didikan ayah sampai bila-bila. Maafkan Alya ibu sebab dah buat semua orang susah hati. Maafkan Alya aunty." Alya Izzara toleh kepada Datin Soeraya. Ada segaris senyuman dibibibir gadis berusia enam belas tahun itu.
" Ya, aku mesti kuat, aku mesti redha ,aku mesti tabah." bisik hati kecil Alya Izzara.
" Maafkan Alya ibu, Alya janji Alya tidak akan sedih lagi.Alya redha, Alya akan buktikan pada ayah yang Alya anak yang kuat. Alya tak akan kecewakan semua orang yang sayangkan Alya." Mak Hanim dan Alya berpelukan. Perlahan-lahan mereka bertiga meninggalkan kawasan perkuburan itu mengikuti langkah Datuk Maliki dan Amer Izwan yang telah hampir kepintu utama tempat mereka memarkir kereta.
" Selamat tinggal ayah, semoga bersemadi dengan aman. Bila Alya lapang, Alya akan datang lawat ayah." bisik hati Alya saat dia menoleh buat kali terakhirnya ke pusara Pak Mirza. Sepasang mata yang sedari tadi memerhati secara senyap dari kejauhan akhirnya beralih kearah lain. Kakinya turut melangkah bersama diiringi dedaunan dan bunga kemboja yang gugur ditiup angin.



Bab 2

Bab 2

Tahun 2012

" Say... cheese!!!!!" Jerit Melia sambil memfoto teman-temannya. Semua kelihatan gembira. Hari ini adalah hari graduasi mereka. Begitu seronok sekali mereka menyarung jubah kebanggaan impian setiap siswa dan siswi yang belajar di menara gading. Sambil menggenggam ijazah masing- masing ditangan, senyuman tidak lekang dari bibir mereka semua saat ini.
" Alya!" Seperti tarikan magnet kepala Alya Izzara berpusing 180 darjah mencari suara yang sangat dikasihinya itu.
" Ibu! Abang !" Teriak Alya Izzara sebaik terlihat susuk tubuh ibu dan abangnya. Terawang-awang tangannya diudara sambil berlari mendekati mereka. Langsung tidak dipedulikannya mata-mata yang melihatnya berlari seperti anak kecil.
" Ish! Alya ni... anak dara apa ni terjerit-jerit. Tak malu ke orang tengok tu?" Bising mulut Mak Hanim sebaik Alya meleraikan pelukan.
" Ibu, anak dara zaman sekarang mana boleh malu-malu sangat, nanti tak laku. Contoh terdekat, hah ni abang Amer ni... Macam lah takde cikgu-cikgu yang cun dekat sekolah dia tu. Tapi nak buat macam mana, pemalu sangat... lelaki melayu terakhir kononnya... awek datang ngorat lari... nak tunggu dia ngorat awek tu, memang tak lah kan..." Alya sengaja mengusik Amer Izwan sambil menjelirkan lidah kearah abangnya.
"Pandailah Alya tu... Abang tak kahwin lagi sebab abang tunggu Alya kahwin dulu. Alya tu tanggungjawab abang. Kalau Alya dah settle down baru turn abang pulak. Alya ingat abang saja-saja ke nak membujang macam ni. Godaan banyak tau untuk orang handsome macam abang ni. Bukan takat cikgu-cikgu cun je yang dok ngorat abang, pelajar-pelajar abang pun ramai yang kirim surat cinta tau dalam buku homework diorang.  Huh! Alya ada?" Amer Izwan tak nak kalah dengan usikan Alya Izzara.
" Huih.... abang ingat adik abang ni tak laku ke apa? kalau susun pakwe-pakwe yang ushar Alya ni rapat-rapat, panjang dia adalah.. dari fakulti kejuruteraan ni sampai fakulti bahasa kat simpang sana tu." muncung mulut Alya Izzara menunjukkan bangunan bewarna hijau tidak jauh dari mereka.
" Ya lah tu... mesti  yang bersusun tu pakwe-pakwe yang skema kan? Yang pakai cermin mata tebal, rambut belah tepi. Minyak rambut lak pakai sekati kalau perah boleh buat goreng ikan. Diorang tu tak nampak dengan jelas sebenarnya rupa Alya ni. " Amer Izwan terusan mengusik Alya Izzra yang telah bertukar merah wajahnya.
" Tak nampak apa? Tak nampak ni?" Alya Izzara suakan sebiji penumbuk ke muka Amer Izwan. Laju Amer Izwan larikan diri ke belakang badan Mak Hanim.
" Sudah.. sudah... asal berjumpa je bergaduh. Bila tak jumpa tercari-cari. Macam anjing dengan kucing." Lerai Mak Hanim.
" Bukan anjing dengan kucing lah ibu, macam Tom And Jerry hehehe." Alya Izzara mengusik ibunya pula.
" Tapi kan ibu... mana boleh langkah bendul kan? Kesian bakal suami Alya nanti nak kena bagi macam-macam dekat Abang. Abang ni bukan boleh percaya, dia mesti minta macam-macam punya. Hai... nampaknya lambat lagi lah baru Alya dapat naik pelamin." Alya lentokkan kepalanya dibahu Mak Hanim.
" Hoi! Pegang ijazah tu pun belum sampai 2 jam dah cerita pasal kahwin. Memang gatal lah Alya ni kan ibu? Bukan dia fikir nak cari kerja bagus ke, bawak ibu pergi makan angin ke... Uwekkk!" Amer Izwan jelirkan lidahnya masih belum mahu mengalah.
" Melia!" Tiba-tiba Alya Izzara menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya.
" Sini lah..." Jerit Alya Izzara lagi. Melia membalas lambaian Alya Izzara dan melangkah menghampiri mereka sekeluarga.
" Melia, tolong ambilkan gambar aku dengan family aku jap." kamera digital Canon milik Alya Izzara bertukar tangan.
"  No problem... Ambil dekat mana?" Tanya Melia.
" Dekat situlah. Redup sikit." Jawab Alya Izzara. Mereka bergerak menuju kearah yang ditunjukkan Alya Izzara. Amer Izwan merenung sekilas wajah Melia.
" Comel." Bisik hati kecil Amer Izwan. Melia terasa seperti ada seseorang memandangnya lantas menoleh. Sebaik pandanganya bertaut dengan sepasang mata milik Amer Izwan wajahnya merona merah. Dia menunduk kebawah. Tiba-tiba dadanya berdegup 120 km sejam. Laju kakinya melangkah menyaingi Alya Izzara dan Mak Hanim. Alya Izzara terkejut bila tangannya tiba-tiba diraih Melia. Wajah Melia yang merona dipandang hairan. Alya Izzara menoleh pula kebelakang memandang abangnya yang turut sama kelihatan serba tidak kena.
" Aikk?" Timbul idea nakal dibenak Alya Izzara.
" Er.. cepat lah Alya. "Melia kelihatan tidak keruan..
" Eh! Kau ni kenapa? Macam tak biasa lak dengan mak aku." Usik Alya Izzara.
" Er.. takde apa-apalah. Panas ni...." Jawab Melia. Akhirnya Melia berjaya juga merakamkan beberapa keping gambar Alya sekeluarga. Berbagai pose digayakan Alya Izzara sengaja menyakat Melia agar berlama-lama dengan mereka.
"  Syuk!" Jerit Alya Izzara. Menjerit ajelah kerjanya si Alya ni.
" Bro, sini jap." Jerit Alya Izzara sebaik Syukri memandangnya. Syukri menghampiri.
" Bro, lu amek gambar gua ngan family jap boleh?" Alya sengaja mengusik Syukri yang memang rajin bertapa dalam gym kalau tak ada kerja nak buat. Disini memang semua orang suka panggil Syukri Bro, disebabkan badanya yang berketul-ketul macam bonzer kelab malam tu. Dan Syukri pun apa lagi, kembang kuncup la sebab seronok orang anggap dia macam adiwira kononnya.
" Hah, Melia kau meh sini ambil gambar kenangan ngan aku sekeluarga. Kot la lepas ni dah payah nak jumpa kan, boleh la kau lepaskan rindu tengok gambar ni nanti." sengaja Alya Izzara tekankan perkataan rindu. Segera Melia mengambil tempat disebelah Alya Izzara. Sempat dia mencubit lengan sahabatnya itu.
" 1.. 2.. " Syukri mengira....
" Chop.. chop...chop... " Tiba-tiba Alya Izzara berjalan ke arah Syukri.
" Macam tak balance lah kan Bro... " Alya Izzara pandang kearah keluarganya dan Melia sambil berfikir-fikir. Tiba-tiba dia menarik tangan Melia lantas membawanya berdiri disebelah Amer Izwan.
" Hah! Macam ni baru betul... Ok Bro, snap sekarang." Alya Izzara mengenyitkan mata kearah  abangnya yang sedang berpeluh dan Melia yang dah macam nak menangis.

Usai bergambar bersama keluarganya, Alya Izzara meminta izin ibunya untuk berjumpa beberapa orang teman kuliahnya yang masih lagi berada berdekatan. Setelah saling bertukar-tukar e-mail dan nombor telefon dia mendekati semula keluarganya.

" Ok dah. Jom balik. " Beberapa jambangan bunga yang dihadiahkan oleh teman-teman rapatnya dipeluk erat. Salah satunya adalah daripada abang dan ibunya.Sebelah lagi tangannya meimpin tangan Mak Hanim.
" Alya saja je kan..." Amer Izwan tarik hidung Alya Izzara kuat-kuat.
" Apa? " Jerit Alya Izzara sambil menggosok hidungnya yang sudah merah. Geram betul dia Amer Izwan. Rasa macam nak digigit saja jari abangnya itu.
" Tu yang dok kenen-kenen abang dengan Melia tu kenapa?" Tanya Amer Izwan.
" Eleh... padahal dalam hati suka... ada taman bunga... ada bunga api... pom..pom...kan?" Usik Alya Izzara.
" Uwekkk..." Alya Izzara jelir lidah lantas berlari menyelamatkan diri sebaik melihat Amer Izwan cuba mengejarnya.
Mak Hanim hanya tergelak melihat kemesraan dua beradik itu sambil menggelengkan kepala. Riuh rendahlah rumahnya lepas ni bila Alya Izzara dah pulang. Dan disepanjang perjalanan mereka petang itu kedua beradik itu masih tidak berhenti saling mengusik hingga Alya Izzara hampir menangis dikerjakan abangnya.

Kereta Toyota Vios bewarna putih milik Amer Izwan, membelok masuk kesebuah halaman banglo bewarna kelabu yang tersergam indah. Sebaik mereka keluar daripada kereta, kelihatan sepasang suami isteri yang masih segak bergaya menghampiri mereka dengan senyuman.

" Assalamualaikum Aunty, Uncle... " Alya Izzara  menyalami mereka berdua. Kemudian dia ditarik kedalam pelukan Datin Soeraya. Pipi Alya Izzara dikucup lama. Datuk Maliki pula memeluk Amer Izwan yang sudah lama tidak ditemuinya. Giliran Mak Hanim pula menyalami Datin Soeraya. Tubuh tua itu turut dipeluk Datin Soeraya.
" Waalaikumsalam. Welcome home dear... " Balas Datuk Maliki dan Datin Soeraya hampir serentak.
" Tahniah Alya. Maaf aunty tak dapat datang konvo Alya tadi. Aunty pergi airport dengan Pakcik Selamat jemput uncle baru balik dari Dubai. Eh! Jom masuk Amer, Alya, Kak Hanim. Takkan kita nak berborak disini saja." Pecah ketawa mereka bila melihat muka Datin Soeraya yang berkerut sambil menunjukkan jarinya kelangit yang sedang memancarkan panas terik.

Mereka melangkah kehalaman belakang yang menempatkan sebuah gazebo yang cantik menghadap sebuah kolam yang dipenuhi ikan koi kesayangan Datuk Maliki. Ditambah pula keindahan susunan bunga orkid dan lily disekeliling gazebo yang terhias indah dengan kain bewarna krim dan putih. Sebaik melabuhkan punggung masing-masing di kerusi yang terdapat didalam gazebo tersebut kelihatan Mala pembantu rumah Datin Soeraya menghampiri sambil  menatang sebiji dulang  yang terhidang air dan sepiring puding jagung.
" Jemput minum semua, mesti dahaga kan. Kebelakangan ni cuaca panas sungguh. Kalau tak ada sebab memang aunty tak keluar rumah." Kata Datin Soeraya sambil mengambil segelas air oren dan dihulurkan kepada suaminya.
" Betul tu Soeraya. Dikampung akak pun sama. Panas. Kalau jemur baju kejap je keringnya." Mak Hanim menyampuk.
" Akak tidur sini ye malam ni. Lama tak berbual. Rindu betul. Lagi-lagi dengan anak aunty ni.." Datin Soeraya menepuk-nepuk peha Alya Izzara yang duduk disebelahnya.
" Eh, Tak apalah Aunty. Amer cadang nak cari hotel je. Esok pagi-pagi baru gerak balik Kuantan. Nak balik petang ni rasa tak larat pulak nak memandu." Amer Izwan bersuara.
" Janganlah macam tu. Dah tak sudi ke tinggal dirumah aunty dan uncle lagi." kedengaran nada merajuk dihujung suara Datin Soeraya. Tangan Alya Izzara digenggamnya.
" Bukan macam tu aunty, kalau boleh kami tak nak lah menyusahkan uncle dan aunty sekeluarga." Jawab Amer Izwan.
" Susahkan apanya. Uncle dengan aunty je pun kat rumah ni selain bibik dua orang tu. Aryann masih di UK. Bulan 4 tahun depan baru grade. Bilik tetamu tu kosong je. Hari-hari dok kemas tapi bukan ada orang  duduk pun." Datuk Maliki pula bersuara.
" Kalau dah macam tu tak apalah Amer... kita tidur disini sajalah malam ni. " Kata Mak Hanim memutuskan.
" Oh ya, Alya, tunggu kejap, aunty nak ambil sesuatu dekat dalam untuk Alya." Datin Soeraya bingkas bangun menuju kedalam.Seketika kemudian Datin Soeraya kembali bersama dua jambangan bunga dan sebuah beg kertas jenama terkenal.
" Apa ni aunty?" Alya Izzara menyambut huluran dari Datin Soeraya penuh tanda tanya.
" Yang ni dari aunty dan uncle sempena graduations day Alya. Tahniah sayang... bertambahlah engeneer dalam keluarga kita kan abang?" Datin Soeraya memandang kearah suaminya.
" Terima kasih aunty, uncle. Susah-susah je." Alya menyambut jambangan bunga teluki bewarna pink dan merah yang digubah indah. Kemudian dia menjengah kedalam beg kertas yang dihulur tadi. Sebuah kotak baldu nipis bewarna hitam dibuka. Alangkah terperanjatnya Alya Izzara sebaik terlihat seutas rantai mutiara bewarna hitam terletak indah didalamnya. Alya Izzara menoleh kearah beg kertas tersebut sekali lagi. Sebaik terpandang jenama di beg kertas itu sama persis seperti yang terdapat pada  kotak baldu tersebut Alya Izzara dapat mengagak harga rantai tersebut sudah pastilah mencecah ribuan ringgit. Silap-silap lebih lagi. Cepat-cepat Alya Izzara menutup kotak baldu tersebut dan meletaknya diatas peha Datin Soeraya.
" Alya tak dapat terima rantai ni aunty. Mahal ni. Dah banyak benda-benda mahal aunty dan uncle hadiahkan pada Alya, tapi yang ini memang Alya tak dapat terima." Alya Izzara memandang muka keduanya.
" Alya sayang, Alya bukannya orang luar. Kami dah anggap Alya dan Amer ni macam anak kami sendiri. Alya terima ye sayang. Janganlah kecewakan kami ye sayang." Pujuk Datin Soeraya. Alya serba salah. Bukan dia tidak sudi menerima pemberian mereka tetapi Alya Izzara sangat pasti harga rantai tersebut silap-silap sama dengan sebuah kereta terpakai. Tak pun nilainya sama dengan deposit untuk sebuah rumah kos sederhana. Dengan berat hati Alya Izzara menggangguk.
" Jangan dimanjakan sangat anak-anak akak ni Soeraya, Maliki... mua nanti." Mak Hanim serba salah atas kebaikan mereka suami isteri melayan dia dan keluarga.
" Tak ada apa lah kak. Memang saya dah niat lama nak beli dekat Alya ni. Saya dah anggap dia macam anak saya kak. Lagi pulak saya ni mana lah ada anak perempuan." Jawab Datin Soeraya.
" Terima kasih aunty, uncle... Alya tak tau nak cakap apa lagi." Hampir menitis airmata Alya Izzara saat itu.
Kemudian dia memandang kearah satu lagi jambangan bunga lily putih yang sangat digemarinya.
" Yang ini dari siapa pula?" Tanya Alya Izzara kehairanan.
" Mana aunty tahu. Pagi tadi ada orang dari kedai bunga hantar.Boyfriend Alya kot? Macam dia tahu-tahu saja Alya nak datang rumah aunty hari ni." Datin Soeraya senyum kepadanya. Alya hairan. Siapa pula yang tahu alamat rumah ni. Di universiti Alya menggunakan alamat rumah sewanya untuk urusan biasa dan alamat kampungnya untuk urusan rasmi. Sekeping kad kecil yang terselit dicelah bunga itu diambil lalu dibaca.

Lily yang comel buat gadis yang comel...
Congratulations on your graduations day..

Please wait for me.

Alya melihat kebelakang kad untuk melihat kalau-kalau ada lagi tulisan yang tercicir. Atleast bagi tahu lah nama. Haihhh.... Siapa pulak yang bagi ni. Alya garu kepalanya yang tidak gatal. Dibetulkan tudungnya yang telah senget sedikit semasa menggaru. Kepalanya didongak keatas memandang kearah keluarganya. Dia nampak Amer Izwan memandangnya dengan senyuman sinis.
" Apa?" tanya Alya Izzara kepada abangnya.
" Patutlah sibuk pasal nak kahwin tadi ibu, dah ada calon rupanya." Usik Amer Izwan.
" Abang!!!!" Alya menjerit sambil melemparkan beg tangannya kearah Amer Izwan. Semua orang ketawa melihat gelagat Amer Izwan yang lari dikejar Alya Izzara.
" Isshhh..Budak-budak ni tak pernah berubah kan bang, akak." Datin Soeraya bahagia melihat kemesraan kedua-dua anak bekas pembantu dan pemandunya itu.





                 


Wednesday, 25 September 2013

Langkah pertama

Assalamualaikum...
Yeahhhh!!!! Berjaya akhirnya terbitkan bab 1. Dalam kesibukan tugas sebagai isteri dan ibu yang tak pernah habis. Maaf atas segala kekurangan di blog ini. Saya masih merangkak lagi dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Apa yang saya tulis diruangan ini hanyalah satu langkah yang saya ambil untuk mencabar diri saya. Saya cuba melihat sisi lain dalam diri saya. Saya ingin menjengah potensi diri yang telah lama saya tinggalkan sejak zaman persekolahan.Sila beri tunjuk ajar dan komen yang membina. Terima kasih pada yang sudi singgah diblog saya yang seadanya ini.... Chou!!!!!!