diruangan ini saya melahirkan cinta dan kasih sayang yang terpendam disudut hati yang paling dalam...
Thursday, 10 October 2013
Cinta Buat Ainn Madhihah - Bab 1
BAB 1
" Lepaslah... apa ni ni tarik-tarik tangan orang? Lepaslah, malu sikit orang tengok tu.." Ainn masih meronta-ronta cuba melepaskan diri dari Fakhri.
" Nak malu apa nya? Kau tu tunang aku. Dah lah keluar tak minta izin aku, call aku pun haram kau nak jawab kan?" Fakhri semakin menguatkan pegangannya. Tubuh Ainn yang tak berdaya itu cuba diheretnya.
" Tunang? Kau dah gila ye Fakhri? Pertunangan kita dah putus enam bulan yang dulu. Kau bukan sesiapa aku lagi sampai aku perlukan keizinan kau untuk keluar. Sakitlah! Lepaskan tangan aku Fakhri... Haram seorang ajnabi menyentuh kulit yang bukan mahramnya." Fakhri tersenyum sinis.
" Tak payah berlagak alim lah ustazah Ainn Madhihah. Kalau aku sentuh pun bukan orang lain, bakal suami kau jugak, dan aku tak pernah setuju dengan perpisahan yang kau minta tu. Aku tetap akan kahwin dengan kau seperti yang kita rancang. Faham?" Jerkahan Fakhri agak kuat. Beberapa mata yang sedang melintasi mereka memandang penuh tanda tanya drama apakah yang sedang berlaku antara mereka berdua saat itu.
"Tolonglah Fakhri... keluarga kita dah bincang perkara ni elok-elok kan? Mereka semua setuju dengan keputusan yang aku buat. Kau takde hak nak paksa aku. Kau yang bersalah dalam hal ni. Kalau kau mampu mengawal nafsu serakah kau, semua ni takkan terjadi." Suara Ainn mulai kendur. Tak guna dia menjerit dan meronta menggunakan kekerasan kerana Fakhri akan lebih berkeras lagi padanya. Ainn cuba mengubah strategi.
" Aku dah cakap beribu kali. Aku diperangkap Ainn. Sally sengaja rancang semua tu agar kau tinggalkan aku. Dia nak kita berpisah. Aku hanya cintakan kau sorang saja. Percayalah." Tangan Ainn dilepaskan. Fakhri meraup wajahnya yang kemerahan menahan marah. Saat ini, kalaulah Sally berada didepan matanya tahulah dia kerjakan perempuan durjana itu. Kerana Sally lah Ainn memutuskan pertunangan mereka. Kejadian enam bulan yang lalu benar-benar telah menghancurkan hidupnya.
" Tapi semua tu takkan berlaku sekiranya kau tak mengizinkannya terjadi. Kau yang mencari bala sendiri. Kau tahu yang Sally tu dah lama cintakan kau, sejak dari universiti lagi. Kau pun tahu perempuan macam Sally mampu lakukan apa saja demi mendapat kehendak hatinya. Sudahlah Fakhri. Kau lupakan saja lah apa yang pernah terjadi antara kita. Kau mulakan lah hidup baru dengan Sally. Dia isteri kau sekarang dan pula dia sedang hamilkan anak kau Fakhri. Pulanglah Fakhri kepada yang lebih berhak ke atas kau. Aku adalah sejarah. Tolong aku Fakhri.... Jangan kau kusutkan lagi keadaan kita. " Tiada lagi airmata Ainn untuk lelaki bernama Fakhri. Dia telah lama redha diantara mereka memang tiada jodoh untuk bersama.
" Tak! Tak! Tak!.... Kau tetap milik aku. Walaupun kau terpaksa menjadi isteri kedua, aku akan pastikan kita kahwin jugak." Tiba-tiba Fakhri berang semula. Mukanya kembali bengis. Tiada lagi wajah manis dan tenang Fakhri yang Ainn kenali dulu. Tangan Ainn direntap sekali lagi. Kelakuan Fakhri benar-benar dibawah sedar.
" Tolonglah Fakhri! Jangan buat aku macam ni. Aku dah ada pengganti kau lah. Aku dah nak kahwin. Lepaskan aku!" Langkah Fakhri terhenti serta-merta. Ayat-ayat yang keluar dari mulut Ainn betul-betul membuatkan dia hilang punca. Wajah Ainn dipandang penuh amarah.
" Dasar perempuan murahan. Harap tudung je labuh tapi perangai... huh? Kau tuduh aku curang tapi dalam masa yang sama kau dah dapat pengganti aku? Dalam masa enam bulan kau dah jumpa jantan baru? Atau kau memang dah simpan jantan tu masa kau masih dengan aku lagi hah? Perempuan ja..." Tapak tangan Fakhri yang hampir menyinggahi wajah Ainn tiba-tiba ditahan. Seorang lelaki kacak berkaca mata pertengahan usia tiba-tiba muncul persis seorang wira menyelamatkan serikandinya.
" Ai.. Aiman?" Ainn terkejut dengan kehadiran bapa pelajarnya itu. Pantas Ainn menyorokkan diri daripada Fakhri dibelakang Aiman.
" Oh! Jadi ni lah jantan tu. Kau dengar sini. Ainn ni tunang aku. Kalau kau tak nak susah, lebih baik kau jauhkan diri kau daripada dia." Fakhri merentap tangannya yang digenggam Aiman.
" Kalau betul dia tunang kau sekali pun, kau tak pantas melakukan kekerasan padanya. Wanita sebaik Ainn untuk dicintai bukan disakiti." Tegas sekali kata-kata Aiman. Fakhri merenung tajam wajah Aiman. Penumbuknya digenggam.
" Kau siapa nak nasihatkan aku hah? Oh! lupa pulak. Kau lah jantan yang simpan perempuan berlagak suci ni kan? Berapa kau bayar pada dia. Aku bayar balik dan jangan sekali-kali kau kacau kami lagi. Dia hak aku." Sinis sekali Fakhri berkata-kata. Airmata Ainn meluncur laju bila dia dihina begitu sekali dihadapan Aiman. Terasa maruah dirinya diinjak-injak. Tiba-tiba... Bukk!! Sebiji penumbuk menyinggahi muka Fakhri. Terduduk dia dengan tumbukan yang tidak disangkanya itu. Aiman cekak kolar baju Fakhri. Sebiji lagi penumbuk hinggap ke muka Fakhri. Berdarah hujung bibirnya. Kelihatan Fakhri menahan sakit yang amat.
" Sekali lagi kau hina Ainn, kau perlu berdepan dengan aku." Aiman melepaskan Aiman. Dia berpaling ke belakang memandang Ainn yang sedang menggigil ketakutan.
" Jom Ainn. Jangan layan lelaki tak guna ni." Aiman mengutip beg tangan Ainn yang terjatuh dilantai ketika dia bergelut dengan Fakhri tadi. Seperti dipukau Ainn hanya membontoti Aiman tanpa banyak bicara. Sedikit pun dia tidak menoleh kebelakang melihat keadaan Fakhri yang sedang mengerang menahan kesakitan. Beberapa orang yang lalu disitu memandang Fakhri sambil berbisik sesama sendiri.
" What? Mind your own business!" Tempik Fakhri. Jagalah kau Ainn. Bisik hati Fakhri.
Sebaik melintasi sebuah restoran makanan segera yang popular Aiman berhenti. Ainn yang berada dibelakang Aiman tidak sempat mematikan langkah lantas merempuh belakang badan Aiman.
" Maaf.." Ainn termalu sendiri dengan kelakuannya yang cemerkap.
" Kita minum dulu. Ainn kena tenangkan diri." Tanpa mendengar jawapan Ainn, Aiman telah mendapatkan meja kosong lalu melabuhkan punggung nya. Ainn yang memerhati dari tadi hanya menuruti tanpa banyak soal.
" Ainn nak makan apa?" Tanya Aiman.
" Minum saja. Ainn tak nak makan." Lembut Ainn menjawab. Wajahnya hanya ditundukkan kebawah. Aiman berlalu ke kaunter membuat tempahan.
Macam manalah dia boleh terserempak dengan Aiman ni. Malunya.. Fikir Ainn. Namun dia bersyukur, kalaulah Allah tidak hantar Aiman tepat pada masanya tadi entah apalah nasibnya sekarang. Harap-harap tak ada sesiapalah yang mengenalinya menyaksikan kejadian yang memalukan itu tadi. Rosaklah reputasinya sebagai mualimah di sekolah. Janganlah ada keluarga pelajarnya yang berpeleseran di shopping complex ini harapnya. Maklumlah cuti hujung minggu selalunya memang penuh pengunjung di pusat membeli belah terkemuka ini. Menyesal pula dia datang kesini hari ini. Kalau tidak kerana dia ingin mendapatkan novel terbaru daripada penulis kesukaannya memang jarang dia menjejakkan kaki kesini.
" Black coffee untuk meredakan perasaan yang sedang kusut dan aiskrim pula dapat menenangkan jiwa yang sedang berkocak. It's a good theraphies. Try it." Aiman meletakkan dulang dihadapan Ainn. Ainn hanya memandang dulang itu tanpa perasaan. Pertama, dia tidak suka minum kopi dan yang kedua dia juga tidak suka makan aiskrim. Ainn tarik nafas panjang. Wajah Aiman ditatap.
" Terima kasih... Atas segala yang Encik Aiman dah lakukan untuk saya hari ini. Tak terbalas saya." Hanya itu yang mampu Ainn ucapkan. Dia tidak sanggup menghadap lama muka kacak Aiman. Ainn kembali menundukkan wajahnya. Tangan kanannya mengacau kopinya yang telah ditambah gula. Perlahan-lahan dia menghirup kopi panas itu. Pahit dan likat bersatu rasa dalam tekak. Namun ada perasaan lega sebaik kopi itu melalui kerongkongnya.
" Feeling better? You should try an ice-cream then." Ainn hanya menurut, sesudu aiskrim bersiram coklat itu perlahan-lahan memasuki ruang mulutnya. Lambat-lambat dia menelannya. Entah kenapa aiskrim yang tidak digemarinya dahulu tiba-tiba menjadi sangat enak dan nyaman ditekaknya. Ainn senyum tanda bersetuju dengan pendapat Aiman. Aiman menghirup kopinya pula. Mereka hanya senyap saja sambil menghabiskan hidangan masing-masing. Terasa janggal sekali.
' Maafkan Ainn pasal bekas tunang Ainn tadi. Sebenarnya..." Ainn terhenti disitu. Dia cuba menyusun kata.
" Ainn tak perlu terangkan apa-apa. Tiada kaitan dengan saya pun. Sebagai seorang yang waras saya akan membantu sesiapa pun juga yang dalam kesusahan." Aiman mematikan percubaan Ainn menerangkan keadaan yang berlaku tadi. Dia menanggalkan cermin matanya. Matanya digonyoh seketika. Kemudian dia meletakkan kembali cermin matanya. Masih tampan seperti tadi, fikir Ainn. Astaghfurullahhalazim. Cepat-cepat Ainn beristighfar didalam hati.
" Saya hantar Ainn pulang? Atau Ainn ada keperluan lain lagi? Saya temankan." Aiman bertanya sopan.
" Takpe Encik Aiman. Saya dah selesai dan pula saya drive kereta sendiri. Terima kasih banyak-banyak."
Jawab Ainn.
" Kalau macam tu saya temankan Ainn ke parkir." Aiman terus bangun.
" Eh! Takpe.. Saya boleh pergi sendiri. Susahkan Encik Aiman je." Ainn serba salah. Kalau ada yang melihat dia berjalan beriringan dengan bapa pelajarnya tentu akan timbul fitnah nanti.
" Tak susahkan langsung. Saya pun nak ke parkir juga. Jadi apa salahnya saya temankan. Macam mana kalau bekas tunang awak tadi tunggu awak dikereta? " Tanya Aiman.
Ainn terdiam. Tidak sanggup dia membayangkan Fakhri menunggunya di tempat letak kereta. Dia tahu Fakhri memang tidak terkawal kebelakangan ini. Sudah beberapa kali dia mengintip pergerakan Ainn. Bukan Ainn tidak tahu. Cuma kejadian tadi adalah yang terburuk kerana Ainn diserang terang-terangan.
" Terima kasih.." Ainn mula melangkah. Cuba menjarakkan dirinya dengan Aiman. Namun apa yang diharapnya tidak kesampaian. Baru sahaja beberapa langkah bahu Ainn disentuh lembut. Berdiri disisi Ainn dengan sinyum simpul Ustazah Hasanah dengan keluarganya. Ainn hulur tangan untuk bersalaman.
" Ainn buat apa ni? Shopping ke? " Tanya Ustazah Hasanah lembut.
" Beli buku ustazah. Ramai askar hari ni?" Ainn cuba berlawak menutupi segannya dilihat bersama Aiman.
" Oh! Hujung minggu biasalah.. Kak Ngah baru balik kelas tae kwan do, Kak Lang pulak baru balik tuisyen. Ni kejap lagi nak hantar Along balik asrama. Ada keperluan sikit dia nak bawa balik hostel. Tu yang singgah kejap ni." Jawab Ustazah Hasanah ramah.
" Ini ayah Syarifah Azalea kan?" Tanya Ustazah Hasanah pada Aiman.
" Ya saya. Syed Aiman Iskandar." Aiman menghulurkan tangan bersalaman dengan Ustaz Zafril, suami Ustazah Hasanah. Ustaz ZAfril memperkenalkan dirinya. Seketika kemudian sekeping kad nama dihulurkan Aiman. Ustaz Zafril mengambil penuh hormat, lantas dibaca.
" Jadi, inilah Syed Aiman Iskandar pemilik Iskandar Pura Holding yang terkenal tu. Allahuakbar... Bertuahnya saya dapat jumpa Encik Aiman ni. Rumah kami sekarang ni, kami beli dari syarikat pemaju Encik Aiman lah." Ustaz Zafril ramah bercerita.
" Mana ada pemilik ustaz. Saya cuma pewaris saja. Sekadar mewarisi dan menggalas amanah meneruskan legasi arwah ayah saya. Err.. ustaz beli rumah yang mana ye? " Tanya Aiman.
" Pura Vistana Residence.. Fasa 2." Jawab Ustaz Zafril lagi.
" Hah yang tu... Perumahan baru tu. Tak sampai dua tahun pun lagi siapnya. Tapi setahu saya ramai juga yang dah pindah masuk kan ustaz?" Aiman bertanya pula.
" Alhamdulillah.. sekarang ni meriah dah kawasan tu. Tapi setahun yang lepas sunyi juga." Ustazah Hasanah pula mencelah.
" Ainn berdua saja ke dengan Encik Aiman? Azalea mana?" Tanya Ustazah Hasanah.
" Eh! Kebetulan je ni ustazah, saya terserempak dengan Encik Aiman tadi. Bukan berjanji pun." Cepat-cepat Ainn menjernihkan keadaan. Janganlah Ustazah Hasanah tersalah sangka dengannya doa Ainn.
" Ingatkan memang bertemu janji tadi. Maklumlah.. "
" Ustazah!" Ainn menghalang Ustazah Hasanah dari meneruskan ayatnya. Mukanya merona menahan malu. Ustazah Hasanah tidak jadi mengusik Ainn.
" Iya lah... kalau macam tu kami jalan dulu lah ye Encik Aiman, Ainn..." Ustazah Hasanah berkata menutupi keterlanjuran mulutnya tadi.
" Assalamualaikum." Aiman bersalaman dengan Ustaz Zafril. Mereka sekeluarga menjawab salam Aiman serentak lantas mengatur langkah.
" Maaf sebab Ustazah Hasanah tadi. Dia main-main saja tu." Ainn bersuara sebaik mereka berjalan.
" Dah dua kali Ainn minta maaf dengan saya hari ni. Sedangkan tiada apapun yang nak saya maafkan. Saya faham." Balas Aiman.
Mereka menuju ke lif. Sampai di level B2 mereka melangkah keluar beriringan. Masing-masing hanya mebisu. Sebaik mereka merapati kereta Kelisa warna biru milik Ainn, Aiman bersuara.
" Kebetulan atau takdir ya? See..." Aiman mengeluarkan alat penggera keretanya lalu dipicit. Titt..Titt... Alarm kereta BMW 7 Series warna putih berselang tiga buah kereta dari Kelisa Ainn berbunyi. Mereka ketawa kecil. Ainn menekan alat penggeranya pula.
" So, tak timbullah soal Ainn susahkan saya. Sebab kereta saya pun disini juga." Aiman membukakan pintu Kelisa Ainn. Ainn termalu dilayan seperti tuan puteri.
" Terima kasih sekali lagi Encik Aiman. Sebab jadi penyelamat saya dan belanja saya kopi juga aiskrim." Ainn hanya berdiri disisi pintu keretanya. Dalam segan terpaksa juga dia mengucapkan kata-kata tersebut. Orang dah berbudi mestilah kena berbahasa kan?
" Dengan senang hati saya... " Jawab Aiman.
" Err.. Ainn boleh saya minta tolong sikit tak?" Tanya Aiman.
" InsyaAllah.. apa dia?" Tanya Ainn.
" Boleh tak jangan formal sangat dengan saya. Panggil Aiman saja. Tak perlu nak berencik-encik. Kita bukan baru kenal. Walaupun tak rapat tapi dari umur Azalea tiga tahun awak dah mengajar dia. Maknanya dah hampir tiga tahun kita kenal." Jawab Aiman.
" Maaf Encik Aiman. Tapi itu protokol. Lagi pula saya dah terbiasa macam tu. Tak eloklah kalau orang dengar saya panggil Encik Aiman nama saja." Ainn tunduk memandang hujung kasutnya.
" Ok find.. Atleast awak panggil saya Aiman saja kalau kita jumpa informal macam ni next time. Kalau melibatkan urusan rasmi I don't mind... Deal?" Tanya Aiman. Aiman bersandar pada kereta Myvi hitam bersebelahan kereta Kelisa Ainn. Tangannyan dimasukkan ke dalam poket seluar.
" InsyaAllah.. Saya cuba." Hanya itu yang mampu Ainn jawab. Next time? Akan ada lagi kah perjumpaan sebegini lain kali fikir Ainn. Ainn masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjinnya. Penyaman udara dibuka. Pintu ditutup dan cermin diturunkan.
" Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Ainn senyum kepada Aiman tanda terima kasihnya yang tak terhingga.
" Waalaikumsalam.. Drive safely and here my number in that case you need my help. Just give me a call and i'll be there." Huluran kad nama daripada Aiman disambut Ainn.Ainn telan liur. Apa yang dimaksudkan Aiman? Macam mendoakan dia ditimpa musibah saja. Astaghfirullahalazim. Sekali lagi dia beristighfar kerana memandang serong niat baik Aiman.
" InsyaAllah.." Ainn menaikkan semula cermin keretanya lantas Kelisa biru itu meninggalkan Aiman yang masih berdiri melihat Ainn berlalu pergi. Dari cermin sisi belakang Ainn melihat Aiman melangkah menuju ke keretanya setelah memastikan dia selamat memulakan perjalanan. Ainn tersenyum memikirkan masih wujud lagi rupanya lelaki budiman seperti Syed Aiman Iskandar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment